Print this page
Selasa, 23 May 2017 16:44

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA IKBN BANDAR PENAWAR VS PBT PENGERANG

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudari Nur Fatihah binti Harun Rashid
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK ANTARA IKBN BANDAR PENAWAR VS PBT PENGERANG

Bandar Penawar, 23 Mei 2017 – Satu perlawanan persahabatan bola sepak yang melibatkan pelajar dan kakitangan IKBN Bandar Penawar menentang pasukan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang telah diadakan baru-baru ini. Aktiviti ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk membudayakan sukan dikalangan warga IKBN Bandar Penawar disamping mengeratkan hubungan IKBN Bandar Penawar dengan agensi-agensi kerajaan di sekitar kawasan tempatan.


Perlawanan yang diadakan di Padang Bola Sepak IKBN Bandar Penawar ini berlangsung pada jam 5.40 petang. PBT Pengerang telah memberi tentangan yang hebat namun begitu pasukan kakitangan IKBN Bandar Penawar telah berjuang dengan semangat kesukanan yang terbaik dan akhirnya perlawanan tamat dengan kemenangan meyebelahi IKBN Bandar penawar dengan keputusan 3-2.


Tahniah diucapkan kepada kesemua pemain daripada kedua-dua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan baik sepanjang perlawanan diadakan. Semoga perlawanan seumpanya dapat diadakan lagi di masa akan datang. Perancangan pada masa akan datang pihak IKBN Bandar Penawar akan cuba mengadakan perlawanan dengan komuniti sekitar Bandar Penawar kerana secara langsung perlawanan seperti ini dapat mewujudkan satu hubungan baik di antara IKBN Bandar Penawar dengan komuniti setempat.

Read 1334 times
Find us on Facebook
Follow Us