Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

IKBN



PEKAN

 
Written by CheWan
Rate this item
(0 votes)

PERTANDINGAN INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES (IDEA 2021)

 

Disediakan Oleh : Ts. Zulaffandi

PEKAN, 23 September 2021 -IKBN Pekan Menang Besar di IDEA 2021. Tahniah IKBN Pekan kerana berjaya menjadi Johan Bidang Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi dengan memenangi wang tunai sebanyak RM 1,000.00. IKBN Pekan juga berjaya memenangi 1 pingat Platinum, 4 Emas, 2 Perak dan 1 Sijil Penyertaan sempena Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities (IDEA 2021). Projek Pertandingan IDEA 2021 ini adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan disertai lebih 300 projek inovasi yang dipertandingkan. Pada tahun ini IDEA 2021 dihoskan oleh IKTBN Pagoh. Terima kasih IKTBN Pagoh kerana berjaya menganjurkan IDEA 2021 dengan baik sekali.

 
Berikut senarai projek dan pingat yang dimenangi :
Pingat Platinum
Projek Smart Agriculture Farming (SAFAR)
Bidang D Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
 
Pingat Emas
Projek Environment Monitoring Mushroom System (EMMOS)
Bidang B Teknologi Elektrik dan Elektronik
 
Pingat Emas
Projek IKBN Pekan Mobile Robotz Education (PEKAN ROBO)
Bidang D Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
 
Pingat Emas
Projek Integrated Digital Library (IDIL)
Bidang D Teknologi Maklumat Dan Telekomunikasi
 
Pingat Emas
Projek Environment Monitoring System(EMOS)
Bidang C Teknologi Awam, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
 
Pingat Perak
Projek Pekan Maker Kit (PEKER)
Bidang B Teknologi Elektrik Dan Elektronik
 
Pingat Perak
Projek Pit Stove L Flow (PITSTOL)
Bidang A Teknologi Mekanikal
 
Sijil Penyertaan,
Projek Nasi Ayam Menyorok,
Bidang E Teknologi Makanan
 
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada team inovasi IKBN Pekan dan inilah kejayaan yang terbesar IKBN Pekan lakarkan dalam pertandingan IDEA yang diadakan setiap tahun.
Tahniah!!!!!
Read 100 times Last modified on Sabtu, 25 September 2021 09:24