IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 03 August 2017 10:37

PERTANDINGAN KLIP VIDEO KREATIF ILKBS

Written by
Rate this item
(0 votes)

PERTANDINGAN KLIP VIDEO KREATIF ILKBS

Disediakan Oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

 

3 Ogos 2017, PUTRAJAYA - Penyampaian hadiah pemenang pertandingan Klip Video Kreatif ILKBS telah diadakan semasa Perhimounan Bulanan KBS di sini pagi tadi. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg Dato Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut mengiringi beliau adalah Pn Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS dan Dr Hajah Wasitah binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS.

 

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar ILKBS untuk menggalakkan kreativiti dalam mempromosikan kursus-kursus kemahiran yang sedang mereka pelajari dan ILKBS. Muhammad Hamizan bin Azha dan Nur Fatin Suhada daripada KBN Kemasik memenangi tempat pertama dan Che Mohamad Lutfi Hayyqufflran dan Nor Habibah Chr Tomeli juga dari daripada IKBN Kemasik mendapat tempat ketiga. Manakala Muhammad Ainul Syafiq bin Ramli dan Mathumeena a/p Anthony daripada IKBN Bandar Penawar mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

 

Penghasilan Klip Video Kreatif menggalakan pelajar menafaatkan penggunaan kemajuan teknologi terkini bagi menghasilkan video kreatif yang menarik. Mereka bertungkus-lumus memerah idea dan mengasah bakat masing-masing dengan bantuan rakan dan pengajar mereka. Di harap pada masa akan datang pertandingan ini akan menarik lebih banyak penyertaan.

Read 791 times Last modified on Rabu, 11 October 2017 15:27
 
Find us on Facebook
Follow Us