Peretak, 5 Mei 2019 - Dua orang peserta dari IKBN Bandar Penawar iaitu Saudara Mohamad Luqman Hariz Bin Amir Rasid dan Saudari Nurul Syahfiqah Binti Hisamudin telah menyertai Pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB 2019) di IKBN Peretak,Selangor pada 3-4 Mei 2019. Kesemua lima tugasan telah berjaya diselesaikan dalam masa ditetapkan. Diharapkan agar IKBN Bandar Penawar memperoleh kejayaan sekaligus dapat melangkah ke peringkat akhir.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah