Desaru, 17-19 September 2019 - Pegawai IKBN Bandar Penawar membuat pemantauan pelajar yang menjalani latihan industri bagi sesi Julai- September 2019 yang melibatkan pelajar Jurusan Penyediaan Makanan, Front Office dan Housekeeping seramai 58 orang. The Westin Desaru merupakan salah satu tempat para pelajar IKBN Bandar Penawar menjalani latihan industri. Kami di IKBN Bandar Penawar sentiasa komited dalam memastikan para pelajar menjalani latihan industri ditempat yang terbaik dan menawarkan peluang pekerjaan bagi yang layak.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah