PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES. http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 22 Apr 2021 04:27:10 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROGRAM WE LEARN, WE PLAY, WE CARE http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-we-learn-we-play-we-care.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-we-learn-we-play-we-care.html PROGRAM WE LEARN, WE PLAY, WE CARE

PROGRAM WE LEARN, WE PLAY, WE CARE

BANDAR PENAWAR, 17 November 2018 – Satu program We Learn, We Play, We Care telah diadakan di IKBN Bandar Penawar pada 16-17 November 2018. Program tersebut dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi di bawah Pusat Ko-Kurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengambil Ko-Kurikulum berkredit Seksyen Badminton. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar dengan melibatkan tigapuluh (30) orang mahasiswa dan mahasiswi UTM serta limapuluh (50) pelajar IKBN Bandar Penawar.

 

Antara pengisian program adalah Kejohanan Badminton, Klinik Badminton dan aktiviti kelestarian. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya bersukan untuk mengekalkan kecergasan serta kesihatan tubuh badan serta pentingnya semangat kerjasama.

 

Program yang julung kali diadakan di IKBN Bandar Penawar ini amat diminati oleh pelajar-pelajar IKBNBP kerana ia memberi cabaran dan keseronokan kepada para peserta dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan hidup melalui aktiviti yang dijalankan. Selain menerima tunjuk ajar dalam kemahiran bermain badminton oleh pemain bertaraf negeri yang juga merupakan pelajar UTM, pelajar banyak belajar kerja berpasukan, berkomunikasi serta mengeratkan silarturahim antara pelajar IKBN dengan pelajar UTM.

 

Program ini turut dihadiri oleh Pegawai dari Jabatan Ko-kurikulum UTM iaitu En.Shahril Anwar Bin Bahrom dan En.Lim ChowKiat, Timbalan Pengarah (HEP), IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Lim Chow Kiat (Bahagian Hal Ehwal Pelajar)
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 17 Dec 2018 16:16:09 +0800
LAWATAN KERJA EXCO PENGERUSI BELIA, SUKAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN KE VENUE PENGINAPAN IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-exco-pengerusi-belia-sukan-kebudayaan-dan-warisan-ke-venue-penginapan-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-kerja-exco-pengerusi-belia-sukan-kebudayaan-dan-warisan-ke-venue-penginapan-ikbn-bandar-penawar.html LAWATAN KERJA EXCO PENGERUSI BELIA, SUKAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN KE VENUE PENGINAPAN IKBN BANDAR PENAWAR

LAWATAN KERJA EXCO PENGERUSI BELIA, SUKAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN KE VENUE PENGINAPAN IKBN BANDAR PENAWAR

BANDAR PENAWAR, 10 Disember 2018 – Sekretariat SUKMA Johor 2020 telah mengadakan satu lawatan kerja ke venue sukan dan penginapan di sekitar Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada 10 Disember 2018 bagi tujuan membuat pemantauan awal dalam merancang persiapan dan persediaan sebagai tuan rumah pada Kejohanan Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) Johor 2020.

 

Lawatan kerja ini turut disertai oleh Exco Pengerusi Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor iaitu, Yang Berhormat Tuan Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, En.Badari Bin Ag. Damit serta wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang, Jabatan Kerjaraya Kota Tinggi, Persatuan Pelayaran Negeri Johor, Persatuan Gimnastik Negeri Johor serta agensi-agensi lain yang berkaitan. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar diwakili oleh En.Shaidon Bin Borham (TPPL) dan En.Lim Chow Kiat (TPHEP).

 

Lawatan telah dibuat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Kolej Profesional MARA Bandar Penawar dan IKBN Bandar Penawar.


Yang Berhormat Exco Pengerusi Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan serta rombongan yang melawat IKBN BP meluahkan puashati dengan kemudahan penginapan, Dewan Makan, Dewan Serbaguna serta surau di IKBNBP di mana IKBN Bandar Penawar mungkin akan dijadikan salah satu tempat penginapan peserta SUKMA.

 

Kejohanan Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) dijangka diadakan pada bulan Julai, tahun 2020.


Disediakan oleh : Lim Chow Kiat (Bahagian Hal Ehwal Pelajar)
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 10 Dec 2018 15:39:29 +0800
PROGRAM CERAMAH KULIAH MAGHRIB SANTAI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-ceramah-kuliah-maghrib-santai.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-ceramah-kuliah-maghrib-santai.html PROGRAM CERAMAH KULIAH MAGHRIB SANTAI

PROGRAM CERAMAH KULIAH MAGHRIB SANTAI


Bandar Penawar, 4 Oktober 2018 - Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar telah mengadakan Program Kuliah Maghrib berbentuk santai. IKBN Bandar Penawar menjemput penceramah jemputan iaitu Ustaz Fakhrullah Adam Bin Muhammad Ali bagi menyampaikan sedikit ceramah pada program tersebut.

 

Program tersebut telah berlangsung selama 40 minit di antara waktu Maghrib dan Isyak. Selain para pelajar dapat mengisi waktu terluang dengan ilmu akhirat, ceramah secara santai yang bertajuk Kehidupan Selepas Mati itu juga berjaya menarik minat para pelajar kerana ia disampaikan secara santai dan memudahkan para pelajar untuk memahami ceramah yang disampaikan.

 

Selain daripada pelajar program juga dihadiri oleh kakitangan dan penghuni kuaters IKBN Bandar Penawar yang berkesempatan. Dengan adanya program ceramah santai sebegini, ia mampu menyampaikan dakwah kepada para pelajar dengan lebih dekat serta lebih memahamkan para pelajar yang mendengar.


Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 07 Oct 2018 16:48:08 +0800
BACAAN YASIN, TAHLIL ARWAH & DOA SELAMAT BULAN SEPTEMBER 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bacaan-yasin-tahlil-arwah-doa-selamat-bulan-september-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bacaan-yasin-tahlil-arwah-doa-selamat-bulan-september-2018.html BACAAN YASIN, TAHLIL ARWAH & DOA SELAMAT BULAN SEPTEMBER 2018

BACAAN YASIN, TAHLIL ARWAH & DOA SELAMAT BULAN SEPTEMBER 2018

Bandar Penawar, 23 September 2018 -IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Arwah & Doa Selamat. Majlis tersebut dihadiri semua kakitangan yang bergama Islam yang diadakan di bilik mesyuarat IKBN Bandar Penawar.

 

Majlis bacaan yasin tersebut adalah majlis rutin bulanan IKBN Bandar Penawar yang mana diadakan sebulan sekali pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan. Selain itu, turut diadakan sedikit bacaan tahlil arwah bersempena di atas kematian ayahanda pegawai IKBN Bandar Penawar, Encik Shah Rizan Bin Tamrin pada pertengahan September yang lalu. Majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri bermula jam 9.00 pagi dan berakhir dengan sedikit jamuan ringkas pada jam 10.00 pagi.

 

Program sebegini diadakan bagi memohon keberkatan serta kerahmatan daripada Allah swt selain ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan IKBN Bandar Penawar. Penyertaan yang menggalakan dalam majlis-majlis seperti ini mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama antara warga IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 24 Sep 2018 16:35:14 +0800
SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sambutan-awal-muharram-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sambutan-awal-muharram-2018.html SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 2018

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 2018

Bandar Penawar, 10 Sept 2018 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil serta doa awal dan akhir tahun bersempena ketibaan bulan Muharram bagi tahun 1440 Hijrah. Majlis tersebut dihadiri oleh semua pelajar dan kakitangan yang bergama Islam IKBN Bandar Penawar. Majlis diadakan di surau IKBN Bandar Penawar.

 
Program seumpama ini ialah program rutin tahunan IKBN Bandar Penawar setiap kali menyambut ketibaan bulan Muharram. Program yang dikendalikan oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri bermula selepas solat maghrib dan berakhir selepas solat isyak secara berjemaah.

 
Program sebegini diadakan bagi memohon keberkatan serta kerahmatan daripada Allah swt selain ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga IKBN Bandar Penawar. Semoga hadirnya tahun 1440 Hijrah ini membawa kesejahteraan dan meningkatkan lagi keimanan dan perpaduan warga IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 11 Sep 2018 16:30:43 +0800
BOWLING MEGASTAR 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bowling-megastar-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/bowling-megastar-2018.html BOWLING MEGASTAR 2018

BOWLING MEGASTAR 2018

Bandar Penawar, 26 Ogos 2018 - Sempena persaraan Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu Tuan Haji Saleh Bin Ghazali, Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar (KKIBP) berbesarhati mengadakan pertandingan Bowling Megastar 2018. Bowling merupakan salah satu sukan kegemaran Tuan Haji Saleh Bin Ghazali disamping sukan-sukan lain. Pertandingan ini diadakan di Pusat Bowling SSTMI Bandar Penawar.

 

Pertandingan ini dibahagikan kepada 8 kumpulan iaitu kumpulan merah, biru, kuning, hijau, hitam, putih, ungu dan jingga. Setiap kumpulan dianggotai seramai 5 orang peserta. Secara umumnya program ini diadakan untuk meraikan pengarah yang akan bersara pada 30 Ogos 2018 tetapi pada dasarnya adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan IKBN Bandar Penawar.

 

Bowling Megastar 2018 ini telah diungguli oleh pasukan hitam yang dianggotai sendiri oleh Tn. Mohd Saleh Bin Ghazali, En. Abd Ghani Bin Amat Bedah, En. Jip Bin Akit, En. Hisamudeen Bin Che Ahmad dan Pn. Zufeesya Binti Zainalabidin. Pertandingan bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang setelah selesai majlis penyampaian hadiah oleh Pengarah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telibat dan terima kasih diucapkan kepada Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar kerana dapat menganjurkan pertandingan ini.

 

Disediakan oleh : Encik Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 27 Aug 2018 16:27:42 +0800
KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE 32 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kejohanan-sukan-ilkbs-kali-ke-32.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kejohanan-sukan-ilkbs-kali-ke-32.html KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE 32

KEJOHANAN SUKAN ILKBS KALI KE 32

Pekan, Pahang. 17-19 Ogos 2018 – Kejohanan Sukan ILKBS kali ke 32 edisi 2018 kali ini di anjurkan oleh IKBN Pekan menjadi Kejohanan Sukan ILKBS yang terakhir di bawah Kementerian Belia Dan Sukan. Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan ILKBS kali ke-32 Tahun 2018 telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato Dr. Hajah Wasitah Binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS.

 

Kejohanan Sukan yang menjadi satu tradisi untuk semua ILKBS berlangsung selama 3 hari 2 malam yang melibatkan penyertaan sebanyak 22 buah ILKBS di dalam empat (4) acara yang dipertandingkan iaitu bola sepak, bola jaring, takraw dan ping pong. Seramai 33 orang peserta dan 5 orang jurulatih daripada IKBN Bandar Penawar telah mengambil bahagian.

 

Objektif Kejohanan Sukan ILKBS ini adalah untuk menjadikan sukan sebagai salah satu budaya hidup dan daya tarikan kepada para pelajar untuk isi masa lapang dan hindar diri daripada gejala yang tidak sihat. Tambahan lagi adalah untuk mengeratkan perpaduan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum melalui penyertaan yang bermuafakat.

 

Pada Kejohanan sukan kali ini, IKBN Bandar Penawar tidak dapat membawa pulang pingat akan tetapi para peserta kami memberi saingan sengit kepada pihak lawan. Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan ILKBS untuk edisi 2018 di Juarai oleh IKTBN Alor Gajah yang mempertahankan kemenangan keseluruhan pada tahun lepas.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Akmal Adha Bin Mohd Sanusi
Foto : Encik Mohd Akmal Adha Bin Mohd Sanusi

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 20 Aug 2018 16:24:13 +0800
HOTEL APPRENTICE CHALLENGE 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hotel-apprentice-challenge-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/hotel-apprentice-challenge-2018.html HOTEL APPRENTICE CHALLENGE 2018

HOTEL APPRENTICE CHALLENGE 2018

Seremban, 4 – 5 September 2018 - IKBN Bandar Penawar telah menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan bertempat di Era Square, Seremban. Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang pelajar Houskeeping, 2 orang pelajar Penyajian dan 2 orang pelajar jurusan Penyediaan Makanan telah menyertai 6 kategori yang dipertandingkan iaitu Bed Making Challenge, Dress the Cake, Hot Cooking, Traditional Dessert, Napking Folding dan Table Setting.


Pelajar dari IKBN Bandar Penawar iaitu Muhamad Haqimi Bin Mahat bagi kategori Bed Making Challenge, Asyraaf Iman Bin Haryfullah Khan bagi kategori Napking Folding, dan Nur Awadah Binti Azmi bagi kategori Dress the Cake telah memenangi tempat pertama. Manakala Nur Nifailah Binti Mohd Shokri bagi kategori Bed Making Challenge dan Siti Satirah Binti Deraman bagi Traditional Dessert telah memenangi tempat kedua.


Penyertaan pelajar Jabatan Hospitaliti dan Perhotelan dalam pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukan potensi diri demi meningkatkan kemahiran yang diceburi serta memajukan diri masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu pelajar juga dapat menambah serta berkongsi ilmu dan kemahiran serta memberi pengalaman sebagai persediaan kepada pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.


Pertandingan seperti ini menggalakan daya kreatif dan menjadi platform menunjukan bakat dan kemahiran selain menggalakan persaingan yang sihat. Mereka juga dapat meningkatkan daya keyakinan diri masing-masing. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan peserta.

 

Disediakan oleh : Encik Abun Anak Simpo
Foto : Encik Abun Anak Simpo

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 06 Sep 2018 11:57:01 +0800
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-bacaan-yasin-dan-doa-selamat.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-bacaan-yasin-dan-doa-selamat.html MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT


Bandar Penawar, 5 Ogos 2018 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu Majlis Bacaan Yasin serta Doa Selamat. Majlis tersebut dihadiri semua kakitangan yang bergama Islam yang diadakan di bilik mesyuarat IKBN Bandar Penawar.


Majlis bacaan tersebut adalah majlis rutin bulanan IKBN Bandar Penawar yang mana diadakan sebulan sekali pada hari Ahad setiap minggu kedua setiap bulan. Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri bermula jam 9.00 pagi dan berakhir dengan sedikit jamuan ringkas pada jam 10.00 pagi.


Program sebegini diadakan bagi memohon keberkatan serta kerahmatan daripada Allah swt selain ia secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan IKBN Bandar Penawar. Penyertaan yang menggalakan dalam majlis-majlis seperti ini mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama antara warga IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 06 Aug 2018 00:02:27 +0800
PROGRAM KULIAH MAGHRIB http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kuliah-maghrib.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kuliah-maghrib.html PROGRAM KULIAH MAGHRIB

PROGRAM KULIAH MAGHRIB


Bandar Penawar, 22 Julai 2018 - Pada hari Ahad yang lepas, Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar telah mengadakan Program Kuliah Maghrib berbentuk santai. IKBN Bandar Penawar menjemput penceramah jemputan iaitu Ustaz Amirul Ariffin Bin Haji Arshad bagi menyampaikan sedikit ceramah pada program tersebut.


Program tersebut telah berlangsung selama 40 minit di antara waktu Maghrib dan Isyak. Selain para pelajar dapat mengisi waktu terluang dengan ilmu akhirat, ceramah secara santai yang bertajuk Mari Mengenali Allah itu juga berjaya menarik minat para pelajar kerana ia disampaikan secara santai dan memudahkan para pelajar untuk memahami ceramah yang disampaikan.


Selain daripada pelajar program juga dihadiri oleh kakitangan dan penghuni kuaters IKBN Bandar Penawar yang berkesempatan. Dengan adanya program ceramah santai sebegini, ia mampu menyampaikan dakwah kepada para pelajar dengan lebih dekat serta lebih memahamkan para pelajar yang mendengar.


Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 24 Jul 2018 01:44:41 +0800