PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2019 BIDANG RESTAURANT SERVICES. http://kemahiran.kbs.gov.my Tue, 02 Mar 2021 00:06:28 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROGRAM CERAMAH SALAM PENGENALAN KOPERASI IKBNBP BERHAD http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-ceramah-salam-pengenalan-koperasi-ikbnbp-berhad.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-ceramah-salam-pengenalan-koperasi-ikbnbp-berhad.html PROGRAM CERAMAH SALAM PENGENALAN KOPERASI IKBNBP BERHAD

PROGRAM CERAMAH SALAM PENGENALAN KOPERASI IKBNBP BERHAD
Disediakan oleh : Mohamad Azmi Bin Sohari

BANDAR PENAWAR, 25 JANUARI 2017 – Satu program ceramah Salam Pengenalan KOPERASI IKBNBP Berhad telah diadakan jam 4.00 petang di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Program telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen selaku Pengerusi KOPERASI IKBNBP Berhad. Program juga telah dihadiri oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Kota Tinggi.

 

KOPERASI IKBNBP Berhad secara rasminya telah ditubuhkan pada 28 Oktober 2016. Taklimat diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan berkaitan KOPERASI IKBNBP Berhad. KOPERASI IKBNBP Berhad mensasarkan seramai 50 orang ahli pada 1 Mac 2017. Seramai 110 orang pelajar dan 50 orang kakitangan IKBN Bandar Penawar telah hadir ke program ini. Diharapkan dengan adanya taklimat seperti ini dapat menarik minat seramai mungkin menjadi ahli KOPERASI IKBNBP Berhad.

 

KOPERASI IKBNBP Berhad ditubuhkan untuk menambahbaik dan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi dan sosial anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggota koperasi akan menikmati beberapa kelebihan lain seperti mendapat harga barangan yang dijual oleh KOPERASI lebih murah dari harga pasaran. Program Salam Pengenalan KOPERASI IKBNBP Berhad berakhir jam 5.30 petang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 25 Jan 2017 17:30:00 +0800
CERAMAH AGAMA BULANAN : BULAN JANUARI 2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/ceramah-agama-bulanan-bulan-januari-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/ceramah-agama-bulanan-bulan-januari-2017.html CERAMAH AGAMA BULANAN : BULAN JANUARI 2017

CERAMAH AGAMA BULANAN : BULAN JANUARI 2017
Disediakan oleh : Mohamad Azmi Bin Sohari

BANDAR PENAWAR, 25 JANUARI 2017 – Satu program ceramah agama yang bertajuk “Amar Ma’ruf Nahi Munkar” telah disampaikan oleh penceramah dari Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Program telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Shaidon Bin Borham selaku Pengerusi AJK Surau IKBN Bandar Penawar.


Program yang diadakan di Surau IKBN Bandar Penawar bermula dengan Solat Maghrib berjemaah jam 7.15 petang. Selesai solat, Ustaz Mohd Azroy Bin Azhar dijemput untuk menyampaikan ceramah beliau. Amar Maa’ruf Nahi Munkar bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kejahatan, antara isi kandungan yang disampaikan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan kakitangan agar membuat kebaikan dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Tanggungjawab kita sebagai pelajar, pengajar dan anak-anak kepada ibu bapa perlu ditunaikan. Selesai sesi ceramah pengunjung bersolat Isyak secara berjemaah.


Jamuan ringan disediakan untuk pelajar-pelajar seramai 110 orang dan pengajar seramai 23 orang yang telah hadir memeriahkan program. Program ini dianjurkan oleh AJK Surau IKBN Bandar Penawar dan Bahagian Pengurusan IKBN Bandar Penawar. Program seperti ini diharap dapat diadakan sekerap yang mungkin sebagai pengisian rohani dan penerapan nilai-nilai islam kepada pelajar dan pengunjung yang hadir serta penghuni kuaters di IKBN Bandar Penawar.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 25 Jan 2017 17:22:00 +0800
PEMILIHAN MPP DAN SRM IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2017 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pemilihan-mpp-dan-srm-ikbn-bandar-penawar-sesi-1-2017.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pemilihan-mpp-dan-srm-ikbn-bandar-penawar-sesi-1-2017.html PEMILIHAN MPP DAN SRM IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2017

PEMILIHAN MPP DAN SRM IKBN BANDAR PENAWAR SESI 1/2017
Disediakan oleh : Mohd Syahfizzan Bin Ahmad IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 17 Januari 2017 – Satu sesi Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) telah diadakan bagi memberi peluang kepada barisan kepimpinan yang baru untuk menerajui para pelajar IKBN Bandar Penawar. Pada masa yang sama, pemilihan ini perlu diadakan kerana sejumlah besar Ahli Majlis Tertinggi yang lama telah menamatkan pengajian di IKBN Bandar Penawar pada bulan Disember 2016.


Sesi pemilihan ini telah dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan telah berjalan dengan lancar. Menerusi pemilihan yang diadakan menggunakan sistem penamaan calon secara demokrasi dan pengundian menggunakan peti undi, saudara Nur Muhammad Fikry bin Zamri telah dipilih sebagai Presiden MPP IKBN Bandar Penawar bagi sesi 1/2017. Manakala saudara Mohammad Irfan Addli bin Abd Hussin pula telah dipilih sebagai Pengerusi SRM IKBN Bandar Penawar bagi sesi 1/2017.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baru dan semoga mereka akan dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul dan pada masa yang sama, bekerjasama dengan pihak pengurusan IKBN Bandar Penawar khususnya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam apa jua perkara yang melibatkan para pelajar.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 17 Jan 2017 17:17:00 +0800
CERAMAH PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/ceramah-program-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda-arprm.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/ceramah-program-anugerah-remaja-perdana-rakan-muda-arprm.html CERAMAH PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)

CERAMAH PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)
Disediakan oleh : Mohd Syahfizzan Bin Ahmad

BANDAR PENAWAR, 19 JANUARI 2017 – Selaras dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk melahirkan belia yang aktif dan berkualiti, satu ceramah mengenai Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar pada hari ini. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hajah Supiati binti Haji Sahuni dari Unit Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.


Program yang diadakan di Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar ini mensasarkan pelajar IKBN Bandar Penawar dengan tujuan untuk memberi pendedahan secara menyeluruh mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, menarik minat para pelajar terhadap penyertaan dalam aktiviti kesukarelaan, dan pada masa yang sama memberi pendedahan secara khusus tentang komponen-komponen dan syarat yang perlu dipenuhi untuk setiap anugerah (Emas, Perak dan Gangsa).


Penutup program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah HEP, Lim Chow Kiat. Turut hadir bersama ialah Shripah Aishah Bt. Wan Ibrahim, Ketua Pengurusan Pelajar serta pegawai yang telah dilantik untuk menjadi ahli Jawatankuasa Penaja Badan Operasi Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 19 Jan 2017 14:52:00 +0800
MAJLIS HI-TEA ANJURAN JPMM DUN PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-hi-tea-anjuran-jpmm-dun-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-hi-tea-anjuran-jpmm-dun-penawar.html MAJLIS HI-TEA ANJURAN JPMM DUN PENAWAR

Disediakan oleh : Lim Chow Kiat IKBN Bandar Penawar
MAJLIS HI-TEA ANJURAN JPMM DUN PENAWAR

BANDAR PENAWAR, 17 JANUARI 2017 - Satu Majlis Hi-Tea bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 28 Januari 2017, anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar telah diadakan pada 17 Januari 2017, jam 4.15 petang di Hotel Amansari, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

 

Dalam majlis tersebut, YB. Puan Hajah Hamimah Binti Hj. Mansor, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN), Kawasan Penawar memberi ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan kakitangan Tiong Hua dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT), Pegawai-pegawai Perubatan dan Farmasi dari Klinik Kesihatan Bandar Penawar, Sg. Mas dan Felda Ayer Tawar. Beliau berharap tahun baru AYAM ini akan membawa tuah dan kesejahteraan kepada semua dan negara.

 

Antara jemputan IKBN Bandar Penawar adalah terdiri daripada Lim Chow Kiat (Timbalan Pengarah HEP), Ong Lay Yew (Tenaga Pengajar-Jabatan Perhotelan) dan adik Tan Yu An, pelajar Jurusan Kaunter Hadapan (Perhotelan).

 

Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian kuih biskut tahun baru Cina dan ‘Ang Pau’ oleh YB. Puan Hajah Hamimah Binti Hj. Mansor kepada tetamu-tetamu jemputan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 17 Jan 2017 14:43:00 +0800
Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia Kali ke-30 Tahun 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kejohanan-sukan-ilkbs-se-malaysia-kali-ke-30-tahun-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kejohanan-sukan-ilkbs-se-malaysia-kali-ke-30-tahun-2016.html Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia Kali ke-30 Tahun 2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudara Mohd Fariszuan bin Ramli
KEJOHANAN SUKAN ILKBS SE-MALAYSIA KALI KE-30 TAHUN 2016

Bandar Penawar, 27 Oktober 2016 – Satu kontinjen seramai 40 orang (34 orang pelajar dan 6 orang pegawai) dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menyertai Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia kali ke-30 Tahun 2016 yang diadakan baru-baru ini pada 17 hingga 19 Oktober 2016 bertempat di IKBN Naka, Kedah.


Pada kejohanan ini, IKBN Bandar Penawar telah menghantar penyertaan untuk kesemua acara yang dipertandingkan iaitu bola sepak lelaki, bola jaring wanita, sepak takraw serta badminton campuran. Berbanding penyertaan-penyertaan sebelum ini, pasukan bola jaring wanita telah memperolehi pencapaian yang memberangsangkan apabila julung kalinya menjadi pasukan pertama dari IKBN Bandar Penawar yang layak hingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas di tangan pasukan IKBN Alor Gajah yang merupakan juara bertahan dan berjaya mempertahankan status mereka pada edisi kali ini. Majlis Perasmian Penutup Kejohanan telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


Tahniah diucapkan kepada Kontinjen IKBN Bandar Penawar pada edisi kali ini yang telah diketuai oleh Encik Lim Chow Kiat (Timb. Pengarah HEP IKBN Bandar Penawar) selaku Ketua Kontinjen di atas pencapaian mereka dan semoga ilmu dan pengalaman kali ini akan digunakan sepenuhnya dalam pertandingan seumpamanya dimasa akan datang. Turut diucapkan setinggi terima kasih kepada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli yang menyokong sepenuhnya penyertaan pelajar IKBN Bandar Penawar dalam kejohanan ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 27 Oct 2016 10:49:00 +0800
PROGRAM PERTANDINGAN SAJAK DAN PIDATO IKBN BANDAR PENAWAR 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-pertandingan-sajak-dan-pidato-ikbn-bandar-penawar-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-pertandingan-sajak-dan-pidato-ikbn-bandar-penawar-2016.html PROGRAM PERTANDINGAN SAJAK DAN PIDATO IKBN BANDAR PENAWAR 2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudari Nurul Hani bt Ahmad Mohamad
PROGRAM PERTANDINGAN SAJAK DAN PIDATO IKBN BANDAR PENAWAR 2016


Bandar Penawar, 8 September 2016 – Satu Program Pertandingan Pidato dan Sajak IKBN Bandar Penawar 2016 telah diadakan pada 7 September 2016 baru-baru ini. Sesuai dengan namanya, pertandingan ini diadakan sebagai platform untuk mengenal pasti bakat yang sesuai untuk dilatih bagi mewakili IKBN Bandar Penawar ke Pertandingan Pidato & Deklamasi Puisi (Sajak) bersempena Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat KBS Tahun 2016. Program ini telah disertai oleh seramai 20 orang pelajar IKBN Bandar Penawar (6 orang peserta pidato & 14 orang peserta sajak).


Bersempena dengan matlamat utama pertandingan, tajuk – tajuk yang dibawakan oleh para peserta merupakan tajuk yang ditapis dan sesuai untuk dibawa semasa pertandingan. Tajuk-tajuk popular seperti “Belia Mahir Negara Makmur”, “Bahasa Melayu Lambang Perpaduan Negara”, dan “Kemerdekaan membina Ketamadunan Negara” menjadi pilihan utama para peserta pidato. Manakala antara tajuk – tajuk lain seperti “Menggarap Mimpi Kelak” dan “Ingatan Kepada Kawan” menjadi pilihan para penyajak. Keputusan pertandingan sajak, Abdul Syamil bin Abdul Fadzil (Johan), Mohd Firdaus bin Shapee (Naib Johan) dan Mohd Izwan bin Izzudin (Ketiga). Keputusan pertandingan pidato pula Nadiatul Nur Fatihah (Johan), Wan Mohd Hafiz bin Zaidi (Naib Johan), Mohd Ainuddin bin Mat Rahim (Ketiga).


Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Sekretariat Rakan Muda Sesi 2/2016 dengan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 08 Sep 2016 18:29:00 +0800
Program Pertandingan IKBN Bandar Penawar Idol #Merdeka!! http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-pertandingan-ikbn-bandar-penawar-idol-merdeka.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-pertandingan-ikbn-bandar-penawar-idol-merdeka.html Program Pertandingan IKBN Bandar Penawar Idol #Merdeka!!

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudari Nurul Hani bt Ahmad Mohamad
PROGRAM PERTANDINGAN IKBN BANDAR PENAWAR IDOL #MERDEKA!!


Bandar Penawar, 25 Ogos 2016 – Satu Program Pertandingan IKBN Bandar Penawar IDOL 2016 bertemakan #Merdeka telah diadakan pada 23 & 24 Ogos 2016 baru-baru ini. Sesuai dengan temanya, pertandingan ini diadakan bersempena dengan sambutan tahun kemerdekaan ke -59. Ia juga turut menjadi platform untuk mencungkil bakat baru dikalangan pelajar dalam bidang seni suara. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang pelajar (14 pasangan duet) IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada wakil Tahap 1 dan Tahap 2 bagi setiap jurusan.


Pada 23 Ogos 2016, seramai 14 pasangan telah bersaing untuk merebut lima tempat diperingkat akhir yang berlangsung pada 24 Ogos 2016. Daripada 14 pasangan, 5 yang layak ke peringkat akhir ialah : Siti Nurliyana binti Parsin & Noor Hidayah binti Mohd Arbani (Juara), Nur Balkis binti Samsol & Syazana Aishah Fitri Shahrul (naib juara), Nur Farah Wahidah bt Mohd Yusof & Wardah Syazwani bt Md Isa (ketiga), Farid Ikmal bin Md Rizal & Nur Dahliana binti Khalid (keempat) dan Abdul Syamil bin Abdul Fadzil & Nurul Atikah Hani binti Ramli (kelima). Bersesuaian dengan temanya #Merdeka!!, pelajar dikehendaki menyampaikan lagu bertemakan patriotik pada pusingan pertama dan satu lagu bertema bebas pada pusingan kedua.


Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Sekretariat Rakan Muda Sesi 2/2016 dengan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Fri, 26 Aug 2016 01:47:00 +0800
KARNIVAL SUKAN RAKYAT IKBN BANDAR PENAWAR 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/karnival-sukan-rakyat-ikbn-bandar-penawar-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/karnival-sukan-rakyat-ikbn-bandar-penawar-2016.html KARNIVAL SUKAN RAKYAT IKBN BANDAR PENAWAR 2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudari Nurul Hani binti Ahmad Mohamad
KARNIVAL SUKAN RAKYAT IKBN BANDAR PENAWAR 2016


Bandar Penawar, 14 - 17 Ogos 2016 – Satu Program Karnival Sukan Rakyat IKBN Bandar Penawar 2016 telah diadakan baru-baru ini bagi memupuk budaya sukan dan menerapkan gaya hidup sihat dikalangan pelajar. Pada masa yang sama program ini memberikan peluang kepada pelajar IKBN Bandar Penawar untuk melibatkan diri dalam sukan rakyat yang mana matlamatnya lebih kepada sikap kerjasama dan keterbukaan dikalangan pelajar.


Pelaksanaan program ini memfokuskan kepada penyertaan secara terbuka dikalangan pelajar untuk bertanding dalam 11 jenis acara sukan iaitu bola jaring lelaki, futsal wanita, takraw lelaki, takraw wanita, roundess, badminton ping pong, baling selipar, bowling botol, galah panjang, carom dan dart.


Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Shripah Aisyah binti Wan Ibrahim, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan bantuan dan kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar Sesi 2/2016. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Fri, 19 Aug 2016 02:02:00 +0800
KEBAIKAN MENDERMA DARAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kebaikan-menderma-darah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kebaikan-menderma-darah.html KEBAIKAN MENDERMA DARAH

KEBAIKAN MENDERMA DARAH

BANDAR PENAWAR, 15 OGOS 2016 – Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan Kempen Derma Darah bermula dari jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang di Dewan Besar IKBN Bandar Penawar.

 

Kempen derma darah ini diketuai oleh pegawai perubatan Dr. Hazimah. Kempen ini diadakan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada pada paras yang selamat. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan IKBN serta pekerja kontraktor pembersihan. Selain itu, terdapat juga orang perseorangan dari pejabat/agensi dan pelajar kolej berdekatan menjayakan kempen ini.

 

Menurut Dr. Hazimah, darah yang diderma dapat menyelamatkan nyawa, membantu pesakit yang memerlukan darah seperti mangsa kemalangan, pesakit thalassemia, pesakit yang menjalani pembedahan dan sebagainya.

 

Terdapat beberapa kebaikan kepada mereka yang menderma darah. Antaranya ialah penderma boleh mengetahui jenis darah mereka, tahap tekanan darah dan kandungan hemoglobin. Penderma juga dapat merasakan badan mereka lebih sihat kerana darah yang baru dan segar akan dihasilkan. Menurut Dr. Hazmah lagi, bagi memastikan darah yang diderma selamat digunakan, darah yang didermakan akan diuji untuk mengesan jangkitan Hepatitis B dan C, HIV dan Sifilis.

 

Oleh :
Lim Chow Kiat ( Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar )
chowkiat@kbs.gov.my

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 16 Aug 2016 01:46:00 +0800