IKBN



KUALA LANGAT

 
Selasa, 15 September 2020 12:28

PROGRAM BOOTCAMP PEMBANTU PEREKA GRAFIK IKBN KUALA LANGAT BERSAMA SYARIKAT AKAR DIGITAL SDN. BHD.

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 11 September 2020 - IKBN Kuala Langat telah menjayakan program bootcamp pembantu pereka grafik kerjasama dengan syarikat akar dgital sdn.bhd. Yang dikendalikan sepenuhnya oleh bahagian teknologi multimedia jabatan multimedia dengan penglibatan seramai 20 orang peserta. Objektif program ini ialah peserta dapat memberi latihan kemahiran kepada belia berisiko dapat membentuk sasiah belia yang kurang berminat dalam mainstream education dan belum menamatkan persekolahan kepada bidang kemahiran yang diminati dan  dapat memperkenalkan ikbn kuala langat sebagai institusi kemahiran ilkbs bagi bidang teknologi multimedia serta dapat membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada semua peserta yang berpotensi bagi mengembangkan bakat mereka.

 

Peserta peserta yang terlibat khususnya dapat mempelajari membuat rekaan grafik dengan menggunakan perkakasan yang berteknologi terkini yang ada di jabatan multimedia. Pengurus syarikat akar digital dan krew secara terus menyumbangkan kepakaran dalam membantu peserta dalam menghasilkan satu satu rekaan dengan mengambil kira kos dan menyentuh juga ilmu keusahawanan.

 

Keberkesanan daripada program ini ialah peserta dapat mempelajari cara membuat rekaan grafik dengan teknik yang betul, peserta dapat mematuhi aspek keselamatan sebelum, semasa membuat rekaan grafik menggunakan segala teknologi dan aplikasi yang ada serta dapat memupuk semangat  hasil daripada bahan program ini dan boleh dijadikan modal perniagaan pada masa yang akan datang

 

  

 

Disediakan Oleh : Faherinizam Bin Russali (Cawangan Hubungan Industri)

 

 

 

Read 84 times