IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 22 May 2018 12:03

PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

BANDAR PENAWAR, 22 Mei 2018 – Sebagai tanda kesyukuran menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, Jabatan Hospitaliti, IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan Program Penyediaan Bubur Lambuk. Program yang melibatkan semua pegawai, pengajar dan pelajar dari Jabatan Hospitaliti iaitu seramai 11 orang pegawai dan pengajar, 67 orang pelajar secara bergotong-royong.


Program yang telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi ini dimulakan dengan penyediaan bahan-bahan masakan. Kira-kira jam 11.00 pagi pegawai mula menyediakan periuk bagi memasak bubur tersebut. Pada jam 3.00 petang bubur lambuk siap dimasak dan dibungkus untuk diagihkan. Bubur lambuk diagihkan kepada semua pegawai, kakitangan, pekerja kontrak pembersihan, pengawal keselamatan, pekerja dewan makan dan pelajar. Selebihnya bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai di bazar Ramadhan Bandar Penawar.


Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pengajar dan pelajar di Jabatan Hospitaliti. Selain itu ia dapat memupuk sikap bersedekah di kalangan semua warga IKBN Bandar Penawar. Semoga program seperti ini sentisa diutamakan dan dijadikan rutin setiap tahun apabila kedatangan bulan yang mulia ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Rusli
Foto : Puan Nurlia Binti Rusli

Read 628 times
 
Find us on Facebook
Follow Us