Bandar Penawar, 29 Oktober 2019 - Satu sesi pembentangan modul bagi kursus Mechanical Fitter telah diadakan bersama pihak PETRONAS bagi memperhalusi keperluan sebenar yang diperlukan oleh peserta semasa kursus dan dapat memenuhi keperluan tenaga kerja daripada industri. IKBN Bandar Penawar komited dalam membangunkan modul dan kursus yang mampu memenuhi kehendak pasaran dan keperluan Industri. Selain itu, IKBN Bandar Penawar juga bakal mewujudkan suasana sebenar bagi bidang mechanical fitter ini.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah