Larkin, 27 Februari 2020 - Satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC) yang dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Kekompetenan Belia BPKB KBS, Cik Fadhilah Binti Ahmad, turut hadir Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail telah diadakan bersama pasukan MBJB bagi membincangkan mengenai beberapa perkara berkaitan bangunan dan spesifikasi peralatan serta industri yang akan terlibat. Satu sesi lawatan tapak juga telah dibuat bagi melihat perkembangan dan keadaan tempat yang bakal dijadikan Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC) nanti.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah