Bandar Penawar, 8 April 2019 - Telah diadakan satu Program Ceramah Berkaitan Israk & Mikraj yang telah diadakan di Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar. Ceramah program yang bermula selepas solat Maghrib itu telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hasrin Hakim Bin Abdullah.
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran disebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Program ceramah yang berlangsung selama 1 jam itu telah dihadiri oleh para pelajar & kakitangan beragama Islam. Semoga program sebegini dapat menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah swt.
Disediakan oleh : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri
Foto : Encik Rahmat Bin Ahmad Mashri