IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 25 January 2017 17:30

PROGRAM CERAMAH SALAM PENGENALAN KOPERASI IKBNBP BERHAD

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM CERAMAH SALAM PENGENALAN KOPERASI IKBNBP BERHAD
Disediakan oleh : Mohamad Azmi Bin Sohari

BANDAR PENAWAR, 25 JANUARI 2017 – Satu program ceramah Salam Pengenalan KOPERASI IKBNBP Berhad telah diadakan jam 4.00 petang di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Program telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen selaku Pengerusi KOPERASI IKBNBP Berhad. Program juga telah dihadiri oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan Kota Tinggi.

 

KOPERASI IKBNBP Berhad secara rasminya telah ditubuhkan pada 28 Oktober 2016. Taklimat diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan berkaitan KOPERASI IKBNBP Berhad. KOPERASI IKBNBP Berhad mensasarkan seramai 50 orang ahli pada 1 Mac 2017. Seramai 110 orang pelajar dan 50 orang kakitangan IKBN Bandar Penawar telah hadir ke program ini. Diharapkan dengan adanya taklimat seperti ini dapat menarik minat seramai mungkin menjadi ahli KOPERASI IKBNBP Berhad.

 

KOPERASI IKBNBP Berhad ditubuhkan untuk menambahbaik dan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi dan sosial anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggota koperasi akan menikmati beberapa kelebihan lain seperti mendapat harga barangan yang dijual oleh KOPERASI lebih murah dari harga pasaran. Program Salam Pengenalan KOPERASI IKBNBP Berhad berakhir jam 5.30 petang.

Read 1245 times Last modified on Rabu, 08 February 2017 17:34
 
Find us on Facebook
Follow Us