IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 28 July 2019 14:59

Program Citra Ibadah Cintai Solat & Persona Muslim IKBN Bandar Penawar

Written by
Rate this item
(0 votes)

Program Citra Ibadah Cintai Solat & Persona Muslim IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 25-27 Julai 2019 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan Program Citra Ibadah Cintai Solat & Persona Muslim yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar baru telah menyertai program tersebut. Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu, telah dikendalikan oleh 7 orang fasilitator yang terdiri daripada 3 orang lelaki & 4 orang perempuan yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Program yang bertujuan untuk memantapkan permahaman solat yang betul mengikut syariat serta dapat mengukuhkan jati diri Islam dikalangan para pelajar. Para peserta didedahkan cara solat yang betul serta memberi permahaman aqidah mengikut syariat Islam kepada para peserta. Diharap program seperti ini dapat memberi pengetahuan serta permahaman yang benar kepada para peserta.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 319 times
 
Find us on Facebook
Follow Us