IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 20 June 2017 12:53

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBAKAR LEMANG DAN MEMASAK RENDANG UNTUK KAKITANGAN DAN STAFF KONTRAKAKTOR IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBAKAR LEMANG DAN MEMASAK RENDANG UNTUK KAKITANGAN DAN STAFF KONTRAKAKTOR IKBN BANDAR PENAWAR

Disediakan oleh : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari


Bandar Penawar, 20 Jun 2017 – Ahli Jawatankuasa Surau IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa MBJ (Pekerja) IKBN Bandar Penawar telah mengadakan program gotong-royong membakar lemang dan memasak rendang yang bertempat di Surau IKBN Bandar Penawar untuk meraikan kakitangan IKBN Bandar Penawar dan staff kontarktor yang masih bertugas agar kemeriahan sambutan 1 Syawal dapat dirasai bersama.


Program telah bermula pada 18 Jun 2017 lagi dengan pencarian buluh lemang di Felda Sening Kota Tinggi. Sebanyak 106 batang buluh diperolehi secara gotong-royong dengan bantuan peneroka di sana. Pada 19 Jun 2017 program diteruskan dengan penyediaan daun pisang di sekitar Kuarters dan aktiviti mencari Kayu Api di sekitar Bandar Penawar secara bergotong-royong. Pada 20 Jun 2017 jam 8.30 pagi program dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Kamarul Ariffin bin Muhamad Salim di Surau IKBN Bandar Penawar.


Encik Mahathir bin Mohamad mengetuai program ini memberi sedikit taklimat dan demotrasi penyediaan lemang. Semua kakitangan berpeluang mempelajari cara penyediaan lemang dan rendang dengan lebih praktikal. Batang buluh lemang yang telah dipotong mengikut ruas perlu dialas dalamnya dengan daun pisang yang digulung terlebih dahulu, seterusnya beras pulut dimasukan ke dalam buluh lemang. Kemudian santan kelapa yang telah disukat dimasuk ke dalam buluh dan perlu ditambah semasa proses pembakaran. Semasa proses pembakaran kawalan api adalah sangat penting bagi menggelakkan lemang pulut hangus.


Program ini berakhir pada jam lebih kurang 3.00 petang dengan pembahagian lemang dan rendang yang telah dibakar dan dimasak kepada setiap kakitangan sebagai juadah berbuka puasa. Program ini dapat mengeratkan hubungan siratulrahim dikalangan semua kakitangan yang terlibat, kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.

Read 1252 times
 
Find us on Facebook
Follow Us