BANDAR PENAWAR, 29 Mei 2018 – Jawatankuasa Surau Al-Mukmin IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Pengarah dan Kelab Kakitangan IKBN Bandar Penawar telah mengadakan program iftar dan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Husna seramai 43 orang. Program ini diadakan pada 28 Mei 2018 bertempat di Surau IKBN Bandar Penawar.
Majlis berbuka puasa ini turut disertai pegawai-pegawai IKBNBP, ibu angkat dan para pelajar IKBN Bandar Penawar. Pengisian program ialah mengadakan tahlil ringkas dan penyampaian sumbangan hari raya kepada semua anak-anak yatim yang hadir dan disampaikan oleh Pengarah IKBNBP, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali. Kemudian melaksanakan solat Maghrib berjemaah dan berbuka bersama anak-anak yatim di Dewan Makan IKBN Bandar Penawar. Turut membantu menjayakan program ini ialah Encik Mohd Yusri daripada KEJORA.
Jelas terpancar kecerian pada wajah tulus kanak-kanak ini apabila diajak beramah mesra dan bergambar bersama. Di harap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi sedikit kecerian kepada anak-anak yatim dan memupuk nilai kasih sayang antara insan.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah