IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 21 March 2019 16:23

PROGRAM IKBN IDOL IKBN BANDAR PENAWAR 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM IKBN IDOL IKBN BANDAR PENAWAR 2019


Bandar Penawar, 21 Mac 2019 – Program IKBN IDOL 2019 yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan Kerjsama Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Rakan  Muda, Kelab Bahasa Inggeris dan Kelab Keusahawanan telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada  19 Mac 2019 peringkat saringan dan 20 Mac 2019 peringkat Akhir.


Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pemimpin pelajar dalam menganjurkan sesebuah program disamping melahirkan pelajar yang berbakat serta berkeyakinan dalam pelbagai aspek. Program ini disertai oleh seramai 36 orang pelajar daripada semua jurusan. Kategori yang dipertandingkan adalah Solo Bahasa Melayu, Solo Bahasa Inggeris dan Kategori Duet. Program telah dirasmikan oleh Y.Bhg Encik Sopian bin Ibrahim, wakil rasmi Pengarah IKBN Bandar Penawar Encik Mohd Khailani Bin Ismail.


Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.


Disediakan oleh : Puan Noordiana binti Mohamed Salleh
Foto : Biro Dokumentasi MPP

Read 409 times Last modified on Khamis, 21 March 2019 16:27
 
Find us on Facebook
Follow Us