IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 15 April 2019 18:23

PROGRAM IMPAK ILKBS @KOMUNITI DAN OUTREACH PROGRAMME 2019

Written by
Rate this item
(1 Vote)

PROGRAM IMPAK ILKBS @KOMUNITI DAN OUTREACH PROGRAMME 2019

Bandar Penawar, 14 April 2019 - Pelbagai aktiviti diadakan sempena Program Impak ILKBS @Komuniti dan Outreach Programme 2019 yang telah diadakan disekitar IKBN Bandar Penawar. Pameran Pendidikan dan Kerjaya yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna dihadiri oleh Kolej Komuniti Bandar Penawar, JTKSM, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), INSTEDT, Aurum Precast Sdn Bhd, Kembla Air-Con (M) Sdn Bhd, C L Pile Sdn Bhd, Hup Seng Construction (M) Sdn Bhd dan Map E & C (M) Sdn Bhd.

 

Manakala aktiviti-aktiviti lain yang diadakan adalah Senamrobik, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Kemahiran TVET, TVET Tour, Temuduga Terbuka, Pertandingan Netball "Sharp Shooter", Pertandingan Sepakan Penalti, Dekorasi Cup Cake dan Cookies, Khidmat Nasihat Perburuhan, Klinik Zapin, Jom Kimpal, Mari Mencuba "Self-Contained Breathing Appratus (SCBA), Pertandingan Memasak dan Fruit Carving, Pertandingan Napkin Folding & Mocktails, Demo Bed Making & Towel Folding, Pertandingan Hiasan Kek, IKAT BALUT, Fun Games, Pusing & Teka. Semua aktiviti terbuka kepada masyarakat sekitar IKBN Bandar Penawar yang hadir.

 

Terima kasih diucapkan kepada pengajar Persatuan Pengiat Zapin Negeri Johor, Chef Fazli dan Mr. Kiwon (F&B Manager) The Westin Desaru Coast Resort dan Pn Hayati dari Sarah Yummy Delight yang turut menjayakan program impak pada hari ini. Tidak lupa kepada SK Bandar Penawar, SMK Bandar Penawar, SMK Tanjung Pengelih, SMKA Bandar Penawar, PASTI Bandar Penawar, Tadika Bestari dan Tadika ABS. Kemeriahan amat dirasai apabila lebih kurang 200 orang telah hadir memeriahkan program ini termasuklah pelajar institut disekitar Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 663 times Last modified on Khamis, 18 April 2019 14:10
 
Find us on Facebook
Follow Us