Program Impak ILKBS @Komuniti IKBN Bandar Penawar di Pesta Air @Pengerang Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 22 Apr 2021 20:09:03 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/286-promosi-parlimen-belia-malaysia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/286-promosi-parlimen-belia-malaysia.html PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad           
PROMOSI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

BANDAR PENAWAR, 17 MEI 2016 – Promosi Parlimen Belia Malaysia telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) pada hari ini. Taklimat telah disampaikan oleh Mohd Kamal Iskandar Bin Mohd Shafri dari Pusat Kegiatan Guru Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

 

Program yang diadakan di Dewan Serbaguna IKBNBP mensasarkan pelajar IKBN dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang peranan Parlimen Belia Malaysia, konsep pemilihan dan kelebihan menjadi Ahli Perlimen Belia Malaysia (APBM), had kelayakan umur untuk menjadi APBM dan had umur pengundi, serta kelebihan pelajar menyertai Parlimen Belia Malaysia.

 

Disamping itu, pelajar juga didedahkan dengan cara mendaftar secara atas talian dan mengemaskini maklumat pemilih melalui portal Parlimen Belia Malaysia. Pelajar juga diberikan borang pendaftaran manual ePBM, bertujuan untuk proses pendaftaran sebagai pengundi Parlimen Belia Malaysia.

 

Penutup program ini telah disempurnakan oleh wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP. Turut hadir bersama ialah Shripah Aishah Bt. Wan Ibrahim, Ketua Pengurusan Pelajar.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 18 May 2016 01:07:00 +0800
PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/285-program-institut-pendidikan-bebas-dadah.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/285-program-institut-pendidikan-bebas-dadah.html PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad           
PROGRAM INSTITUT PENDIDIKAN BEBAS DADAH


BANDAR PENAWAR, 17 MEI 2016 – Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) telah mengadakan Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah AADK Daerah Kota Tinggi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar di Institut tentang kesan bahayanya penyalahgunaan dadah.

 

Program ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Serbaguna. Program ini dimulakan dengan  ceramah bertajuk Kesan Penggunaan Dadah, Peranan Masyarakat dan Pencegahan Dadah yang disampaikan oleh Hazurah Binti Husin, Pegawai AADK Daerah Kota Tinggi. Seterusnya program diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman oleh bekas penagih dadah.

 

Program ini kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti Latihan Dinamika Kumpulan di mana pelajar telah dibahagikan kepada duabelas (12) kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu tajuk yang berkaitan dengan dadah untuk tujuan perbincangan dan pembentangan. Semua kumpulan telah diberi hadiah hamper yang disediakan oleh AADK Daerah Kota Tinggi.

 

Aktiviti lain termasuk sesi soal jawab dan kuiz antidadah. Penutup program ini telah disempurnakan oleh wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah HEP.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 18 May 2016 00:47:00 +0800
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/256-program-kesedaran-kesihatan-mengenai-hiv-aids-penyakit-kelamin.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/256-program-kesedaran-kesihatan-mengenai-hiv-aids-penyakit-kelamin.html PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Syahfizzan Bin Ahmad
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENGENAI HIV / AIDS & PENYAKIT KELAMIN


BANDAR PENAWAR, 9 MEI 2016 – Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) telah mengadakan Program Kesedaran Kesihatan Mengenai HIV / AIDS & Penyakit Kelamin iaitu Sexual Transmitted Diseases (STD). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar dan kakitangan di IKBNBP.

 

Program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Serbaguna. Program ini dimulakan dengan edaran soalan Pre-test dan disusuli dengan ceramah bertajuk Pengenalan HIV/AIDS dan STD yang disampaikan oleh Dr.Mohd Ihsan Bin Mahmood, Pegawai Perubatan Kesihatan Pejabat Kesihatan Kota Tinggi. Ceramah seterusnya telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail, Head Community Engagement & CSI PRPC dari Petronas.

 

Program ini kemudian diteruskan dengan aktiviti Focus Group Discussion di mana peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diuruskan oleh 32 pegawai perubatan dan kakitangan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi di pelbagai lokasi di sekitar institut.

 

Penutup program ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBNBP, Zahrin Bin Romli. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah HEP, Lim Chow Kiat. Dalam ucapannya, Pengarah mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dan Petronas serta berharap program berinformasi dan berfaedah ini dapat diteruskan lagi pada masa depan dengan perluasan tajuk berkaitan menangani stress di tempat kerja dan amalan kebersihan dan kesihatan yang perlu dijaga semasa bertugas di bengkel.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 09 May 2016 21:17:00 +0800
LAPORAN ‘LEARNING EXCHANGE PROGRAMME’ http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/255-laporan-learning-exchange-programme.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/255-laporan-learning-exchange-programme.html LAPORAN ‘LEARNING EXCHANGE PROGRAMME’

Disediakan oleh : Encik Datu Asrul Bin Datu Buishlan
Foto : Encik Datu Asrul Bin Datu Buishlan
LAPORAN ‘LEARNING EXCHANGE PROGRAMME’


Teluk Ramunia, 24 - 25 April 2016 – Program telah dilaksanakan di Tanjung Sepang Resort, Teluk Ramunia. Seramai 69 orang peserta menjayakan program ini iaitu terdiri daripada seorang Ketua Jabatan Perhotelan, 3 orang ketua bahagian perhotelan, 5 orang pegawai praktikal, seorang pemandu dan 60 orang pelajar Jabatan Perhotelan.


Learning Exchange Programme merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhotelan IKBN Bandar Penawar. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal untuk pelajar terhadap Industri Perhotelan dan Pelancongan Malaysia selain menimbulkan ‘surroundings self-awareness’ pelajar Jabatan Perhotelan dalam menghayati alam persekitaran dan seterusnya menimbulkan sikap positif dalam diri.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini ialah Riadah & Sukan, Family day dan Sukaneka, Aktiviti kemasyarakatan : ‘Serve the Nature’. Aktiviti Penutup iaitu Career Talk yang disampaikan oleh Senior Executive Manager Tanjung Sepang Resort Encik Eddie dan lawatan kawasan resort. Pihak hotel membawa para pelajar melihat kesemua jenis bilik dan kemudahan yang disediakan oleh pihak resort dan mendedahkan kepada pelajar secara terus berkenaan pengurusan operasi sesebuah resort yang merangkumi sistem pengemasan bilik yang efisyen dan cara pengendalian operasi penerimaan tempahan bilik daripada tetamu.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 24 Apr 2016 21:09:00 +0800
PROGRAM RUN TO UNITE IKBN BANDAR PENAWAR 2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/158-program-run-to-unite-ikbn-bandar-penawar-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/158-program-run-to-unite-ikbn-bandar-penawar-2016.html PROGRAM RUN TO UNITE IKBN BANDAR PENAWAR 2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

PROGRAM RUN TO UNITE IKBN BANDAR PENAWAR 2016

Bandar Penawar, 14 April 2016 – Satu Program yang dikenali sebagai Program Run To Unite IKBN Bandar Penawar 2016 telah diadakan pada 14 April baru-baru ini bagi meningkatkan kesedaran individu untuk mengamalkan gaya hidup sihat disamping mengekalkan kecergasan fizikal. Program ini juga diadakan dengan tujuan untuk mendekati komuniti sekitar IKBN Bandar penawar.


Selain peserta program yang terdiri daripada pelajar dan warga IKBN Bandar Penawar, penganjuran turut mendapat kerjasama dan sokongan serta penglibatan peserta dari agensi KEJORA, Balai Polis Bandar Penawar, Klinik Kesihatan Bandar Penawar, KRAMSAU dan Balai Bomba Bandar Penawar.


Dalam program ini, peserta telah disediakan trek larian dengan jarak 5 km. Lokasi trek ialah di IKBN Bandar Penawar sendiri dan laluan di kawasan perumahan terdekat (Taman Desaru Utama). Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Rakan Muda sesi 1/2016 dan staf IKBN Bandar Penawar.


Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Encik Zahrin Bin Romli, Pengarah IKBN Bandar Penawar yang kemudiannya turut menyertai larian tersebut. Turut menyertai larian ialah Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah (HEP) dan Shaidon Borham, Timbalan Pengarah (PL). Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 14 Apr 2016 17:51:00 +0800
PROGRAM KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP IKBN BANDAR PENAWAR EDISI 1/2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/157-program-kejohanan-sukan-tertutup-ikbn-bandar-penawar-edisi-1-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/157-program-kejohanan-sukan-tertutup-ikbn-bandar-penawar-edisi-1-2016.html PROGRAM KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP IKBN BANDAR PENAWAR EDISI 1/2016

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Saudari Nurul Hani binti Ahmad Mohamad

PROGRAM KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP IKBN BANDAR PENAWAR EDISI 1/2016


Bandar Penawar, 18 April 2016 – Satu Program Kejohanan Sukan Tertutup IKBN Bandar Penawar telah diadakan dari 6 hingga 8 April baru-baru ini bagi memupuk budaya sukan dan menerapkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan warga IKBN Bandar Penawar. Program ini disertai oleh semua pelajar dan warga IKBN Bandar Penawar, termasuk petugas-petugas daripada kontraktor pembersihan, keselamatan dan dewan makan yang dibahagikan kepada enam kontinjen sukan.


Penganjuran kejohanan sukan pada kali ini tepat pada masanya kerana pihak International Olympic Committee (IOC) telah menetapkan 6 April setiap tahun sebagai International Day of Sports for Development and Peace (IDSDP). Sepertimana yang diketahui, sukan mampu memupuk keamanan dan perpaduan sejagat serta tidak membeza kaum dan budaya.


Pelaksanaan program ini memfokuskan kepada wakil setiap kontinjen diwajibkan menghantar pasukan untuk bertanding dalam enam jenis sukan iaitu futsal (lelaki dan wanita), bola jaring, sepak takraw, bola tampar campuran dan badminton berpasukan. Format pertandingan telah dijalankan secara sistem liga yang dijalankan pada 6 dan 7 April 2016. Juara keseluruhan dinilai berdasarkan mata terkumpul untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pada hari kemuncak pula iaitu 8 April 2016, pertandingan akhir untuk setiap sukan telah dijalankan secara satu persatu. Program ini telah berlangsung di beberapa lokasi seperti kawasan riadah di IKBN Bandar Penawar dan Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar.

 

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil kepada Pengarah IKBN Bandar Penawar iaitu, Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah (HEP) yang turut sama-sama hadir memberikan sokongan sejak awal pagi. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan bantuan dan kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2016. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 06 Apr 2016 17:38:00 +0800
PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/156-program-team-building-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/156-program-team-building-ikbn-bandar-penawar.html PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

PROGRAM TEAM BUILDING IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 18 Januari 2016 – Satu Program Team Building IKBN Bandar Penawar telah diadakan pada 14 hingga 16 Januari baru-baru ini bagi memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara para pelajar. Program ini telah disertai oleh seramai 113 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar tahap 2 dan 3.

Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti indoor yang meliputi aktiviti suasana belajar seronok, sesi pembentukan kumpulan, aktiviti merekacipta logo, moto, misi dan visi, aktiviti pemantapan pasukan dan aktiviti mengenal diri. Selain itu, ia juga turut dimuatkan dengan aktiviti outdoor seperti IKBN Explorace dan permainan bomball yang berkonsepkan permainan paintball.

Program ini telah berlansung di beberapa lokasi seperti Pusat Sumber IKBNBP dan di sekitar IKBN Bandar Penawar. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu kakitangan dan pengajar dari beberapa Jabatan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 18 Jan 2016 17:19:00 +0800
HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1/2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/154-hari-pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/154-hari-pendaftaran-pelajar-baru-sesi-1-2016.html HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1/2016

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik S. Rosli Bin Hassan

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 1/2016

Bandar Penawar, 5 Januari 2016 – Seramai 59 orang pelajar baru telah hadir mendaftar diri bagi sesi kali ini. Ini adalah pengambilan ke-10 IKBN Bandar Penawar sejak dibuka pada tahun 2010. Seramai 9 orang pelajar dari Jurusan Perkhidmatan Kaunter Hadapan, 19 orang daripada Jurusan Penyediaan Makanan, 17 orang mengambil Jurusan Penyediaan Pastri, 9 orang daripada Jurusan Penyeliaan Makanan & Minuman dan 5 orang mengambil Jurusan Pengemasan Hotel.


Semua pendaftaran dibuat di Dewan Serbaguna termasuklah pendaftaran asrama. Sesi pendaftaran berjalan lancar dan teratur. Selesai sesi pendaftaran, jam 11.00 pagi satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Lim Chow Kiat, Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Taklimat ringkas ini berkenaan peraturan dan panduan bagi pelajar baru juga ibu bapa dan penjaga. Encik Lim Chow Kiat juga ada menyentuh berkenaan aktiviti sepanjang semesta yang wajib disertai oleh semua pelajar IKBN Bandar Penawar.


Selesai sesi taklimat acara diteruskan dengan Majlis Perasmian Hari Pendaftaran Pelajar Sesi 1/2016. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu Dari Belia untuk Belia, diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Junaidi Bin Samsudeen. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Encik Shaidon Bin Borham selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan.


Selesai perasmian acara diteruskan dengan bacaan Ikrar Pelajar oleh wakil pelajar adik Izwan Bin Izzudin bagi mewakili semua pelajar baru IKBN Bandar Penawar. Manakala wakil Ibubapa penjaga, Encik Azada Bin Abd Aziz diminta untuk membaca akuan AkuJanji ibubapa/penjaga. Bagi menyempurnakan majlis, simbolik penyerahan AkuJanji oleh Encik Azada Bin Abd Aziz kepada Encik Shaidon Bin Borham. Setelah selesai sesi pendaftaran, pelajar akan melalui minggu paradigma untuk menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan di IKBN Bandar Penawar. Terima kasih pada semua yang telah berusaha dan yang terlibat.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 05 Jan 2016 16:41:00 +0800
TAKLIMAT INTEGRITI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/153-taklimat-integriti.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/153-taklimat-integriti.html TAKLIMAT INTEGRITI

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam

TAKLIMAT INTEGRITI

Bandar Penawar, 7 Januari 2016 – Satu taklimat berkenaan integriti telah diadakan di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohammad Pauzi Bin Paiman, Pegawai dari Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan. Taklimat bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi. Semua pegawai IKBN Bandar Penawar dan pelajar baru terlibat dalam program ini.


Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan memberi kesedaran kepada semua pegawai di sini akan kepentingan berintegriti dalam menjalankan tugas seharian khasnya sebagai penjawat awam dan umumnya sebagai pengajar dan role model kepada pelajar dan masyarakat. Integriti yang memberi maksud kejujuran wajib ada dalam diri kerana ia akan melahirkan sikap bertanggunjawab dan amanah ketika menjalankan tugas.


Sesebuah organisasi yang menerapkan nilai integriti yang tinggi akan mewujudkan budaya pematuhan peraturan, pekerja yang mengikut prosedur dan pegawai yang mengikut kod etika pekerjaan. Oleh itu produktiviti dapat dipertingkatkan dan mengurangkan penyalahgunaan kuasa. Integriti adalah nilai teras yang wajib diterapkan dalam diri setiap individu.


Taklimat selama 2 jam ini memberi banyak info yang bermanfaat untuk semua pegawai yang hadir. Terima kasih kepada Encik Mohammad Pauzi Bin Paiman diatas perkongsian yang telah diberikan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 07 Jan 2016 16:38:00 +0800
MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PARADIGMA SESI 1/2016 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/152-majlis-penutupan-minggu-paradigma-sesi-1-2016.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/152-majlis-penutupan-minggu-paradigma-sesi-1-2016.html MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PARADIGMA SESI 1/2016

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar Bin Moh Suaid

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PARADIGMA SESI 1/2016

Bandar Penawar, 10 Januari 2016 – Majlis penutupan bermula jam 8.30 pagi disertai oleh pegawai, pengajar dan semua pelajar baru dan lama IKBN Bandar Penawar. Semua tetamu diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu Belia untuk Belia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar Abdul Azim Bin Halim diikuti dengan bacaan ikrar pelajar yang diketuai oleh Izwan Izuddin Bin Azada. 


Majlis diteruskan dengan tayangan video sorotan aktiviti pelajar baru disepanjang minggu paradigma. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan antaranya aktiviti mengguting rambut pelajar lelaki, taklimat peraturan, panduan dan tatatertib. Pembentukan kumpulan untuk melaksanakan latihan dalam kumpulan (LDK). LDK 1 Mengenal Diri, LDK 2 Emarace, Memasang Khemah, LDK 3 Jati Diri, Ceramah Integriti, Taklimat oleh AADK, LDK 4 Celik IKBN, Operasi Burung Hantu dan LDK 5 Penawar Explorace.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil pelajar Mohd Firdaus Bin Shafie iaitu Penghulu bagi pelajar baru bagi sesi pengambilan kali ini. Beliau mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat semua Fasilitator yang membimbing mereka selama 6 hari menjalani minggu paradigma. Semua aktiviti yang dilaksanakan memberi meraka banyak pengajaran. Majlis diteruskan dengan ucapan penutupan minggu paradigma sesi 1/2016 oleh Lim Chow Kiat selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar yang mewakili Pengarah IKBN Bandar Penawar. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar baru yang berjaya mengharungi minggu paradigma. Beliau juga mengucapkan selamat kembali kepada pelajar lama bagi meneruskan pengajian mereka di sini. Beliau mahu pelajar senior berkerjasama dengan pelajar baru dan membantu mereka tanpa mengira latar belakang dan agama. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar senior dan alumni yang hadir lebih awal bagi membantu dan menjayakan hari pendaftaran dan minggu paradigma sesi 1/2016. Beliau menutup minggu paradigma sesi 1/2016 secara rasminya.


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan 8 yang memenangi aktiviti Explorace, manakala kumpulan 4 memenangi hadiah persembahan terbaik dan hadiah kumpulan terbaik. Peserta lelaki terbaik dimenangi oleh Izwan Izuddin Bin Azada dan peserta wanita terbaik dimenangi oleh Azira Noraini Binti Ain, manakala hadiah kepimpinan dimenangi oleh Firdaus Bin Syafie. Majlis diteruskan dengan simbolik penyerahan pelajar oleh Timbalan Pengarah HEP kepada wakil Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Shaharin Bin Shaharuddin. Majlis diakhiri dengan persembahan sektsa oleh kumpulan 4.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 10 Jan 2016 16:35:00 +0800