Program Impak ILKBS @Komuniti IKBN Bandar Penawar di Pesta Air @Pengerang Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor http://kemahiran.kbs.gov.my Thu, 04 Mar 2021 20:56:26 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PERBINCANGAN KERJASAMA DAN LAWATAN OLEH SKILLS JOHOR DAN UIE SOLUTIONS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/142-perbincangan-kerjasama-dan-lawatan-oleh-skills-johor-dan-uie-solutions.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/142-perbincangan-kerjasama-dan-lawatan-oleh-skills-johor-dan-uie-solutions.html PERBINCANGAN KERJASAMA DAN LAWATAN OLEH SKILLS JOHOR DAN UIE SOLUTIONS

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto : Puan Khairun Afida Ahmad

PERBINCANGAN KERJASAMA DAN LAWATAN OLEH SKILLS JOHOR DAN UIE SOLUTIONS

Bandar Penawar, 28 Januari 2016 – Satu perbincangan telah diadakan di antara Cawangan Hubungan Industri (CHI) dan Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar bersama Skills Johor dan UIE Solution. Perbincangan ini bertujuan untuk menjalin kerjasama dan berbincang untuk mewujudkan satu cawangan latihan khusus iaitu Kursus Scaffolding Tahap 1 dan 2 di IKBN Bandar Penawar oleh UIE Solutions.


Pegawai dari Skills Johor dan UIE Solution telah melakukan lawatan tapak ke kawasan yang bersesuaian bagi pemasangan Scaffolding dan ruang kelas untuk pembelajaran di Jabatan Minyak dan Gas. Mereka juga melihat fasiliti dan kesesuaian tempat pembelajaran yang tersedia di sini.

 

Pihak Skills Johor yang disertai oleh Zahbah Harun dan UIE Solution yang disertai oleh Khairul Rizal Jamaludin berpuas hati dengan kemudahan dan tapak sedia ada di IKBN Bandar Penawar. Pihak CHI mencadangkan agar satu kertas kerja yang lengkap perlu dibangunkan dan dimuktamad untuk dibentangkan ke peringkat atasan Kementerian Belian dan Sukan untuk pertimbangan dan kelulusan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 28 Jan 2016 23:54:00 +0800
LAWATAN JABATAN MINYAK DAN GAS IKBN BANDAR PENAWAR KE F.R.P POLLUTION ENGINEERING SDN. BHD http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/141-lawatan-jabatan-minyak-dan-gas-ikbn-bandar-penawar-ke-f-r-p-pollution-engineering-sdn-bhd.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/141-lawatan-jabatan-minyak-dan-gas-ikbn-bandar-penawar-ke-f-r-p-pollution-engineering-sdn-bhd.html LAWATAN JABATAN MINYAK DAN GAS IKBN BANDAR PENAWAR KE F.R.P POLLUTION ENGINEERING SDN. BHD

Disediakan oleh : Encik Azman bin Muhammad

Foto : Encik Salizal Bin Mohamad Rajali @Mohamad Ghazali

LAWATAN JABATAN MINYAK DAN GAS IKBN BANDAR PENAWAR KE F.R.P POLLUTION ENGINEERING SDN. BHD

Johor Bahru, 13 Januari 2016 – Satu lawatan sambil belajar ke F.R.P Pollution Engineering Sdn. Bhd. (Fiberglass) Industry yang terletak di kawasan perindustrian di Mount Austin telah dianjurkan oleh Jabatan Minyak dan Gas dengan disertai oleh 15 orang kakitangan. Pelawat telah diberikan penerangan, diberi peluang melihat gambar-gambar model yang pernah dihasilkan oleh syarikat, serta mengikuti tour ke keseluruhan tapak fabrikasi. Melalui penerangan yang diberikan, pelanggan syarikat melangkaui pelbagai industri iaitu daripada bidang elektronik, petrokimia hinggalah bidang Minyak dan Gas dan melibatkan projek yang dihantar dan ditauliahkan di Asia Barat.

 

Pihak syarikat telah diwakili oleh Yep Tet Soon Pengurus FRP Pollution Engineering Sdn. Bhd. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan proses fabrikasi fasiliti kawalan alam sekitar / effluen industri melalui penggunaan scrubber, customised piping, pemasangan motor dan pam industri serta maklumat berkaitan keperluan dan spesifikasi bahan yang diperlukan untuk membina prototype atau model ruang terkurung untuk tujuan latihan berkait dengan ruang terkurung terutamanya di dalam industri Minyak dan Gas.

 

Lawatan ini antara lainnya memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pegawai IKBN Bandar Penawar untuk melihat peralatan yang dihasilkan disitu dan kemampuan syarikat berkenaan menghasilkan produk mengikut kemahuan pelanggan serta bagaimana ia dapat diterapkan melalui latihan yang disediakan oleh pusat latihan. Lawatan berakhir pada jam 2 petang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 13 Jan 2016 23:51:00 +0800
Program Finishing School http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/140-program-finishing-school.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/140-program-finishing-school.html Program Finishing School

Disediakan oleh : Puan Nurlia binti Mohd Rusli

Foto oleh : Puan Nurlia binti Mohd Rusli

Program Finishing School

Bandar Penawar, 30 Januari 2016 - Satu program Finishing School telah dianjurkan oleh Jabatan Hospitaliti, IKBN Bandar Penawar yang telah diadakan di Coral Ballroom, Jabatan Hospitaliti. Program bermula dengan taklimat berkenaan Branding and Knowing Yourself, kemudian diteruskan dengan taklimat yang kedua iaitu Resume and Job Interview. Program diteruskan dengan aktiviti Self evaluation for branding and knowing yourself dan Aktiviti Create Own Resume.


Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para peserta bagi menghadapi dunia pekerjaan dan membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan diri dalam dunia pekerjaan. Aktiviti diadakan untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri peserta serta memberi latih tubi kepada peserta secara intensif mengenai kemahiran menghadapi temuduga pekerjaan.


Antara peserta yang terlibat ialah Pelajar Tahap 2 Penyediaan Makanan, Penyajian dan Penyediaan dan Pastri. Manakala penceramah ialah Megat Hafizi Bin Megat Jamil dan Trainer terdiri daripada Tenaga Pengajar di Jabatan Hospitaliti. Program ini telah memberi pengetahuan kepada peserta mengenai penyediaan resume dan juga persediaan untuk menghadiri temuduga.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sat, 30 Jan 2016 23:47:00 +0800
PERBINCANGAN KERJASAMA IKBN BANDAR PENAWAR DAN RAPID PMC http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/139-perbincangan-kerjasama-ikbn-bandar-penawar-dan-rapid-pmc.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/139-perbincangan-kerjasama-ikbn-bandar-penawar-dan-rapid-pmc.html PERBINCANGAN KERJASAMA IKBN BANDAR PENAWAR DAN RAPID PMC

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto : Encik Salizal Mohamad Rajali

PERBINCANGAN KERJASAMA IKBN BANDAR PENAWAR DAN RAPID PMC

Bandar Penawar, 15 Febuari 2016 – Satu perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat IKBN Bandar Penawar bagi membincangkan bentuk kerjasama yang dapat dijalankan bagi meningkatkan pembangunan Jabatan Minyak & Gas IKBN Bandar Penawar.


Majlis dipengerusikan oleh Shaidon Bin Borham, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) IKBN Bandar Penawar. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis, kemudian diteruskan dengan perbincangan kerjasama yang melibatkan Cawangan Hubungan Industri, Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar dan pegawai dari RAPID PMC yang diketuai oleh Abdullah A. Karim.


Pihak RAPID PMC bersetuju untuk membantu IKBN Bandar Penawar dalam mendapatkan maklumat-maklumat ‘subcontractor’ bagi memudahkan urusan mempromosi dan memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan di IKBN Bandar Penawar. Selain itu, RAPID PMC akan membantu IKBN Bandar Penawar dalam program lawatan atau urusan keluar masuk ke tapak projek ‘Pengerang Integrated Petroleum Complex’ (PIPC) yang sedang dijalankan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 15 Feb 2016 23:43:00 +0800
PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016 ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/138-promosi-ikbn-bandar-penawar-di-karnival-pendidikan-tinggi-negara-2016-anjuran-kementerian-pengajian-tinggi-malaysia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/138-promosi-ikbn-bandar-penawar-di-karnival-pendidikan-tinggi-negara-2016-anjuran-kementerian-pengajian-tinggi-malaysia.html PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016 ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Disediakan oleh : Encik Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto : Encik Mohd Junaidi Samsudeen

PROMOSI IKBN BANDAR PENAWAR DI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 2016 ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PERSADA Johor, 20 - 21 Febuari 2016 – Cawangan Hubungan Industri IKBN Bandar Penawar telah menyertai promosi sempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016 yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh.


Pameran Jom Masuk U 2016 dan Seminar Pengambilan Pelajar telah berlangsung sepanjang dua hari ini untuk memberi pendedahan kepada pengunjung peluang-peluang melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta seluruh Malaysia dan memberi pendedahan berkenaan tabung pendidikan dari pelbagai agensi.  


Semua IPTA, IPTS, ILKA, ILKS dan Agensi-agensi tabung pendidikan telah menyertai pameran ini. Lebih daripada 1000 orang pengunjung telah datang ke Booth IKBN Bandar Penawar untuk mendapatkan maklumat kursus-kursus yang ditawarkan.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sat, 20 Feb 2016 23:40:00 +0800
KARNIVAL SUKAN PRA-UNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/137-karnival-sukan-pra-universiti-anjuran-sekolah-sukan-tunku-mahkota-ismail-sstmi.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/137-karnival-sukan-pra-universiti-anjuran-sekolah-sukan-tunku-mahkota-ismail-sstmi.html KARNIVAL SUKAN PRA-UNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid

KARNIVAL SUKAN PRAUNIVERSITI ANJURAN SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL (SSTMI)

Bandar Penawar, 6 Mac 2016 – Seramai 23 orang pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar yang terdiri daripada atlit tenpin bowling (5 orang) dan bola sepak (18 orang) telah menyertai Program Karnival Sukan Prauniversiti SSTMI baru-baru ini yang diadakan pada 1 & 2 Mac 2016 bertempat di Dewan Arena Bowling dan Padang Sintetik A, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor. Program ini merupakan anjuran Pelajar Pra-universiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar SSTMI.


Berbekalkan suntikan kata-kata semangat daripada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli, kontinjen atlit IKBN Bandar Penawar telah berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam dua acara yang dianjurkan sepanjang karnival ini berlangsung. Pasukan bola sepak IKBN Bandar Penawar telah berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan. Manakala pasukan tenpin bowling IKBN Bandar Penawar pula telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan.

 

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli di atas sokongan yang diberikan kepada kontinjen ini. Turut diucapkan sekalung tahniah diucapkan kepada para atlit, jurulatih dan pengurus pasukan yang mewakili IKBN Bandar Penawar sepanjang berlangsungnya karnival ini. Semoga prestasi dan kejayaan kontinjen ini akan menjadi pemangkin semangat para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih dalam apa jua pertandingan yang melibatkan IKBN Bandar Penawar di masa akan datang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 06 Mar 2016 23:36:00 +0800
PROGRAM LAWATAN NAZIRAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (eSPKB) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/136-program-lawatan-naziran-sistem-perancangan-dan-kawalan-belanjawan-espkb.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/136-program-lawatan-naziran-sistem-perancangan-dan-kawalan-belanjawan-espkb.html PROGRAM LAWATAN NAZIRAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (eSPKB)

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari

PROGRAM LAWATAN NAZIRAN SISTEM PERANCANGAN DAN KAWALAN BELANJAWAN (eESPKB)

Bandar Penawar, 6 Mac 2016 – Satu Program Lawatan Naziran Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan (eSPKB) dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor telah hadir seramai 4 orang pegawai yang diketuai oleh Puan Suryani Binti Supaat.


Pegawai dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang terlibat menyediakan semua dokumen ialah Noor Salawati Binti M. Said, Siti Hawa Binti Dasuki dan Jalalludin Bin Hussin. Lawatan diadakan untuk memastikan setiap agensi kerajaan mematuhi peraturan eSPKB.


Lawatan Naziran ini meneliti Sampel Dokumen Kewangan, Senarai Dokumen Fail, Baucar Bayaran dan lain-lain dokumen. Lawatan ini diakhiri dengan Majlis Sesi ‘Q&A’ di antara pegawai-pegawai Pentadbiran dan Kewangan IKBN Bandar Penawar dengan pegawai Naziran Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan jamuan ringan pada jam 4.30 petang.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 06 Mar 2016 23:33:00 +0800
HARI SUKAN JABATAN HOSPITALITI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/135-hari-sukan-jabatan-hospitaliti-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/135-hari-sukan-jabatan-hospitaliti-ikbn-bandar-penawar.html HARI SUKAN JABATAN HOSPITALITI IKBN BANDAR PENAWAR

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli
Foto : Encik Megat Hafizi Bin Megat Jamil
HARI SUKAN JABATAN HOSPITALITI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 10 - 12 Mac 2016 – Bertempat di Gelanggang Futsal dan Bola Tampar IKBN Bandar Penawar, Jabatan Hospitaliti telah menganjurkan Hari Sukan Jabatan Hospitaliti 2016. Antara acara yang dipertandingkan ialah perlawanan Bola Jaring, Bola Tampar dan Futsal.


Seramai 136 orang pelajar Jabatan Hospitaliti dan Tenaga Pengajar Jabatan Hospitaliti seramai 9 orang terlibat dengan acara tersebut. Acara ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan pengajar melalui aktiviti yang bermanfaat dan sihat. Selain itu dapat menerapkan budaya sukan dikalangan pelajar bagi meningatkan tahap kecergasan setiap pelajar dan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang pengurusan acara sukan.


Acara Futsal tempat pertama dimenangi oleh pelajar Penyajian, bagi acara Bola Tampar tempat pertama dimenangi oleh pelajar Penyediaan Makanan. Pertandingan Bola Jaring tempat pertama dimenangi oleh pelajar Penyajian. Tahniah kepada yang berjaya, diharap acara seperti ini dapat dilaksanakan setiap tahun bagi menerapkan gaya hidup sihat dikalangan para pelajar.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 10 Mar 2016 23:31:00 +0800
PROGRAM SOLAT SUNAT BERJEMAAH GERHANA MATAHARI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/134-program-solat-sunat-berjemaah-gerhana-matahari.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/134-program-solat-sunat-berjemaah-gerhana-matahari.html PROGRAM SOLAT SUNAT BERJEMAAH GERHANA MATAHARI

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari

PROGRAM SOLAT SUNAT BERJEMAAH GERHANA MATAHARI

Bandar Penawar, 9 Mac 2016 – Satu Program Solat Gerhana Matahari berjemaah telah diadakan jam 8.30 pagi di Surau IKBN Bandar Penawar selaras dengan kejadian semasa Gerhana Matahari. Gerhana matahari separa yang jarang-jarang sekali berlaku dapat disaksi dengan jelas di sini. Fenomena alam ini menunjukan kebesaran maha pencipta dan menimbulkan rasa keinsafan.


Program dimulakan dengan tunjuk ajar dan demontrasi cara-cara melaksanakan solat sunat berjemaah Gerhana Matahari oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri. Usai solat berjemah majlis diteruskan dengan ceramah khas yang bertajuk “Kisah Imam Ghazali dengan anak-anak muridnya” untuk menerapkan hubungan yang baik dengan pegawai dan pelajar di IKBN Bandar Penawar.


Program telah dihadiri oleh pelajar, kakitangan IKBN Bandar Penawar, kakitangan syarikat Kontraktor Kebersihan dan Kawalan Keselamatan IKBN Bandar Penawar. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi dan telah berakhir jam 10.30 pagi.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 09 Mar 2016 23:26:00 +0800
PROGRAM PERTANDINGAN IKBN BANDAR PENAWAR IDOL 2016 “MENGGAPAI BINTANG LAGENDA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/132-program-pertandingan-ikbn-bandar-penawar-idol-2016-menggapai-bintang-lagenda.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-impak-ilkbs-komuniti-ikbn-bandar-penawar-di-pesta-air-pengerang-sempena-ulang-tahun-hari-keputeraan-rasmi-dymm-sultan-johor/item/132-program-pertandingan-ikbn-bandar-penawar-idol-2016-menggapai-bintang-lagenda.html PROGRAM PERTANDINGAN IKBN BANDAR PENAWAR IDOL 2016 “MENGGAPAI BINTANG LAGENDA

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Saudari Nurul Hani bt Ahmad Mohamad & Nurul Anis binti Muahd Nor

PROGRAM PERTANDINGAN IKBN BANDAR PENAWAR IDOL 2016 “MENGGAPAI BINTANG LAGENDA

Bandar Penawar, 16 Mac 2016 – Satu Program Pertandingan IKBN Bandar Penawar IDOL 2016 bertemakan “Menggapai Bintang Lagenda” telah diadakan pada 12 Mac 2016 bagi mencungkil bakat dikalangan pelajar dalam bidang seni suara. Program ini telah disertai oleh seramai 10 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada wakil Tahap 1 dan Tahap 2 bagi setiap jurusan.


Pada sebelah petang, seramai 10 orang peserta telah bersaing untuk merebut lima tempat diperingkat akhir yang berlangsung sebelah malam. Daripada 10 orang, 5 orang pelajar yang layak ke peringkat akhir ialah Mohd Izwan Izzuddin bin Azadan (Juara), Nur Syuhada binti Azzian (naib juara), Mohd Haidir bin Hussin (ketiga), Nur Dahliana binti Khalid (keempat) dan Mohd Harith Danial bin Rosdi (kelima). Bersesuaian dengan temanya “Menggapai Bintang Lagenda”, pelajar dikehendaki menyampaikan lagu bertemakan kerohanian pada pusingan pertama dan satu lagu yang pernah didendangkan oleh bintang-bintang lagenda tanah air pada pusingan kedua.


Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Sekretariat Rakan Muda dengan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 16 Mar 2016 23:06:00 +0800