IKBN



KEMASIK

 
Ahad, 28 February 2021 18:00

Program Kebuniti MPP

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM KEBUNITI MPP

 

Kemasik, 28 Februari 2021 – Program Kebuniti MPP IKBN Kemasik merupakan inisiatif yang diperkenalkan di ILKBS untuk membantu komuniti ILKBS khususnya MPP ILKBS menceburi pertanian bandar.

Selaras dengan Program Kebuniti di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang diumumkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA). Projek Kebuniti MPP IKBN Kemasik melaksanakan tanaman cili secara berperingkat bermula pada awal Oktober 2020 di IKBN Kemasik. Projek kebuniti ini bermula daripada menyemai benih cili, menanam pokok cili, menjaga, menyiram, membaja, memetik dan seterusnya menjual hasil tanaman.


T
anaman cili telah dipetik dan hasil tanaman telah dijual di kalangan pekerja perkhidmatan pembersihan dan kakitangan IKBN Kemasik memandangkan hasil pertama tanaman ini tidak banyak dan masih di peringkat percubaan. Pihak MPP merancang untuk meneruskan Projek Kebuniti Fasa 2 dengan menambah jumlah pokok cili untuk dijual luar daripada IKBN Kemasik. Adalah diharapkan agar projek ini sedikit sebanyak dapat membantu menambah hasil kewangan MPP selain daripada menggalakkan AJK bergiat aktif dalam pelbagai bidang.

 
 
 
Gambar oleh : IDA FATIHA HARUN
  : PEN. PEG. BELIA DAN SUKAN S32 
Read 78 times Last modified on Selasa, 02 March 2021 15:19