IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 19 February 2019 15:31

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

Bandar Penawar, 18 Februari 2019 - Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu telah mengadakan Program Kempen Derma Darah yang di selaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar. Program berlangsung di Dewan Serbaguna, IKBN Bandar Penawar.

 

Program tersebut telah berlangsung selama 5 jam bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 2 petang. Program tersebut merupakan program pihak hospital dengan kerjasama IKBN Bandar Penawar di mana ianya dilaksanakan setiap tahun. Program ini bertujuan untuk menarik minat warga IKBN Bandar Penawar untuk bersama-sama menderma darah bagi menjayakan kempen derma darah peringkat kebangsaan.

 

Selain warga IKBN Bandar Penawar, program tersebut telah menarik minat agensi-agensi dari luar antaranya Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru (KRAMSAU). Dengan adanya program seperti ini, ia mampu memberi kesedaran tentang kepentingan menderma darah sekaligus kita dapat berbuat amal dengan membantu pesakit-pesakit yang memerlukan.

 

Disediakan oleh : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi
Foto : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi

Read 595 times Last modified on Selasa, 26 February 2019 15:40
 
Find us on Facebook
Follow Us