PROGRAM KESEDARAN MAKNA http://kemahiran.kbs.gov.my Sun, 28 Feb 2021 08:01:56 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Lawatan Pemantauan Latihan Industri Pelajar IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-latihan-industri-pelajar-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-pemantauan-latihan-industri-pelajar-ikbn-bandar-penawar.html Lawatan Pemantauan Latihan Industri Pelajar IKBN Bandar Penawar

Lawatan Pemantauan Latihan Industri Pelajar IKBN Bandar Penawar


Johor Bahru, 16-17 Julai 2019 - Pegawai Cawangan Hubbungan Industri, Publisiti & Seranta (CHIPS) IKBN Bandar Penawar, En Muhammad Faiz Bin Abdul Razak, telah mengadakan lawatan pemantauan bagi pelajar yang menjalani latihan industri di Hard Rock Hotel Desaru, Tunamaya Desaru, Amerin Hote JB dan Silka Hotel JB bagi mendapatkan maklumbalas daripada pihak hotel bagi penambahbaikan latihan kemahiran di IKBN Bandar Penawar. IKBN Bandar Penawar komited dalam melahirkan pekerja separuh mahir dan pekerja mahir bagi memenuhi kehendak Industri di Malaysia mahupun luar negara. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang akan menamatkan latihan industri selama 3 bulan dan diharap dapat membantu para pelajar di alam pekerjaan kelak. Bagi yang ingin mendapatkan info dan masuk ke IKBNBP boleh klik link dibawah. Slot untuk Jurusan Housekeeping dan Front Office masih dibuka.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 21 Jul 2019 17:53:53 +0800
Majlis Konvokesyen ILKBS Ke 15 di PICC, Putrajaya http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-konvokesyen-ilkbs-ke-15-di-picc-putrajaya.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-konvokesyen-ilkbs-ke-15-di-picc-putrajaya.html Majlis Konvokesyen ILKBS Ke 15 di PICC, Putrajaya

Majlis Konvokesyen ILKBS Ke 15 di PICC, Putrajaya


Putrajaya, 16 Julai 2019 - Pelajar IKBN Bandar Penawar diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-15 dan berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Ainul Syafiq Bin Ramli kerana terpilih menjadi Pelajar Terbaik IKBN Bandar Penawar yang merupakan bekas pelajar Jurusan Pengemasan Bilik (Housekeeping) bagi Jabatan Perhotelan. Tidak kira apa jurusan yang diceburi, jika kita belajar sehingga mahir, kita mampu mencapai kejayaan. Tahniah juga diucapkan kepada para pengajar IKBN Bandar Penawar amnya dan khasnya Jabatan Perhotelan.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 16 Jul 2019 17:49:03 +0800
Pameran & Promosi IKBN Bandar Penawar di Jelajah TVET Johor 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-promosi-ikbn-bandar-penawar-di-jelajah-tvet-johor-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pameran-promosi-ikbn-bandar-penawar-di-jelajah-tvet-johor-2019.html Pameran & Promosi IKBN Bandar Penawar di Jelajah TVET Johor 2019

Pameran & Promosi IKBN Bandar Penawar di Jelajah TVET Johor 2019


Kluang, 14 Julai 2019 - IKBN Bandar Penawar telah mengadakan pameran dan promosi mengenai kemasukan ke IKBN Bandar Penawar di SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang. Pegawai yang turun bagi mempromosi IKBN Bandar Penawar ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Encik Mohd Sopian Bin Ibrahim dan pegawai promosi Encik Muhammad Faiz Bin Abdul Razak. Pelbagai informasi berkaitan penawaran kursus disampaikan kepada masyarakat yang hadir.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 16 Jul 2019 17:44:02 +0800
Taklimat Arahan Tetap Pengarah IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-arahan-tetap-pengarah-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-arahan-tetap-pengarah-ikbn-bandar-penawar.html Taklimat Arahan Tetap Pengarah IKBN Bandar Penawar

Taklimat Arahan Tetap Pengarah IKBN Bandar Penawar


Bandar Penawar, 14 Julai 2019 - Taklimat berkaitan Arahan Tetap Pengarah telah disampaikan oleh Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail dan dihadiri oleh kakitangan bagi mendengar amanat dan meneliti setiap tugasan yang perlu dilaksanakan oleh para pegawai IKBN Bandar Penawar. Semoga dengan penyampaian ATP ni dapat membantu para pegawai memahami kehendak dan keperluan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 16 Jul 2019 17:39:08 +0800
Pegawai dan Pelajar IKBN Bandar Penawar Menjadi Sukarelawan Acara Antarabangsa 113 Triathlon Malaysia Desaru 2019 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pegawai-dan-pelajar-ikbn-bandar-penawar-menjadi-sukarelawan-acara-antarabangsa-113-triathlon-malaysia-desaru-2019.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/pegawai-dan-pelajar-ikbn-bandar-penawar-menjadi-sukarelawan-acara-antarabangsa-113-triathlon-malaysia-desaru-2019.html Pegawai dan Pelajar IKBN Bandar Penawar Menjadi Sukarelawan Acara Antarabangsa 113 Triathlon Malaysia Desaru 2019

Pegawai dan Pelajar IKBN Bandar Penawar Menjadi Sukarelawan Acara Antarabangsa 113 Triathlon Malaysia Desaru 2019

Desaru, 6-7 Julai 2019 - Seramai 50 orang pelajar dan 8 orang pegawai menjadi sukarelawan bagi acara Antarabangsa 113 Triathlon Malaysia Desaru di Lotus Desaru Spa & Resort. Program sukarelawan ini memberi pendedahan kepada para pelajar IKBN untuk terlibat secara aktif di peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa. Program ini secara tidak langsung memupuk para pelajar untuk menguruskan acara dan terlibat dalam aktiviti secara holistik. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan pegawai yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 09 Jul 2019 14:44:37 +0800
Minggu Paradigma Pelajar Sesi Julai 2019 IKBNBP http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-paradigma-pelajar-sesi-julai-2019-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-paradigma-pelajar-sesi-julai-2019-ikbn-bandar-penawar.html Minggu Paradigma Pelajar Sesi Julai 2019 IKBNBP

Minggu Paradigma Pelajar Sesi Julai 2019 IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 1 - 4 Julai 2019 - Program tasmi' (semakan) bacaan solat bagi pelajar baru.Program Motivasi bagi pelajar Non-Muslim. Sesi Perkongsian Bersama Alumni. Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Persembahan Dalam Bahasa Inggeris. Sesi Bersama Majlis Perwakilan Pelajar. Kawad Kaki. Taklimat daripada AADK Kota Tinggi. Taklimat daripada IKLAS Bertajuk Hala Tuju Belia. Taklimat Berkaitan Kemahiran dan Pensijilan daripada Cawangan penyelarasan dan kawalan kualiti.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 07 Jul 2019 18:06:35 +0800
Taklimat Berkaitan Penawaran Kursus-Kursus Customized IKBN Bandar Penawar Dalam Bidang Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas. http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-berkaitan-penawaran-kursus-kursus-customized-ikbn-bandar-penawar-dalam-bidang-hospitaliti-perhotelan-dan-minyak-gas.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/taklimat-berkaitan-penawaran-kursus-kursus-customized-ikbn-bandar-penawar-dalam-bidang-hospitaliti-perhotelan-dan-minyak-gas.html Taklimat Berkaitan Penawaran Kursus-Kursus Customized IKBN Bandar Penawar Dalam Bidang Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas.

Taklimat Berkaitan Penawaran Kursus-Kursus Customized IKBN Bandar Penawar Dalam Bidang Hospitaliti, Perhotelan dan Minyak & Gas.

Bandar Penawar, 3 Julai 2019 -Sesi lawatan kerja dari IKBN Bandar Penawar ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah diadakan dengan disertai oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan), Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar), Ketua Jabatan Hospitaliti, Ketua Jabatan Perhotelan dan Ketua Jabatan Minyak dan Gas.

 

Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat kepada pihak KEJORA berkaitan kursus-kursus customized yang pihak IKBN Bandar Penawar boleh tawarkan kepada belia sekitar beserta dengan jaminan penempatan pekerjaan. Selain daripada itu, pihak KEJORA juga amat berbesar hati untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua agensi melalui Memorandum Persefahaman(MoU). Diharapkan agar semua perancangan yang telah dibentang dan dibincangkan akan menjadi kenyatan demi kemajuan belia dan negara.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 04 Jul 2019 17:57:30 +0800
Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-pendaftaran-pelajar-baharu-ikbn-bandar-penawar.html Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar

Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 1 Julai 2019 - Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu IKBN Bandar Penawar mendapat sambutan menggalakkan. Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang mempercayai Bidang Teknikal & Vokasional mampu memberikan peluang kerjaya kepada anak-anak mereka. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang menerima tawaran belajar di IKBN Bandar Penawar yang merupakan ILKA dibawah Kementerian Belia & Sukan.

 

IKBN Bandar Penawar menawarkan kursus- kursus sepenuh masa dalam bidang Perhotelan & Hospitaliti dan kursus separuh masa dalam bidang Minyak & Gas. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail manakala taklimat berkenaan IKBN Bandar Penawar disampaikan oleh Timb. Pengarah (Pengurusan Latihan) Encik Mohd Sopian Bin Ibrahim. Gimik pelancaran diadakan dengan serahan patung Beruang beserta bagasi sebagai tanda simbolik penyerahan tanggungjawab ibu bapa kepada pihak IKBN Bandar Penawar. Bacaan ikrar wakil pelajar dan ibu bapa juga diadakan. Tidak lupa ditayangkan amanat Ketua Pengarah BPKB KBS, YBhg Dato’ Dr Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 02 Jul 2019 17:49:36 +0800
Majlis Jamuan Hari Raya 2019 anjuran Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-jamuan-hari-raya-2019-anjuran-jabatan-minyak-dan-gas-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-jamuan-hari-raya-2019-anjuran-jabatan-minyak-dan-gas-ikbn-bandar-penawar.html Majlis Jamuan Hari Raya 2019 anjuran Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar

Majlis Jamuan Hari Raya 2019 anjuran Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 27 Jun 2019 - Jabatan Minyak dan Gas IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya. Majlis meraikan semua warga Institut yang terdiri daripada pegawai, pekerja kontrak pembersihan, keselamatan dan dewan makan. Pelbagai juadah dihidang untuk tetamu termasuk kambing golek, ketupat rendang, nasi beriani dan durian. Majlis diilhamkan sebagai salah satu cara untuk menghargai semua warga IKBN yang sama-sama menyokong pembangunan kursus-kursus pendek yang dianjurkan oleh Jabatan Minyak Dan Gas. Semoga majlis yang diadadakan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada terjalin dan menjadi motivasi kepada semua pegawai untuk bersatu dalam merealisasikan kejayaan IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 30 Jun 2019 16:11:19 +0800
Majlis Penyampaian Sijil SKM Kepada Pekerja Lotus Desaru Beach Resort & Spa Bagi Program SLDN http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-penyampaian-sijil-skm-kepada-pekerja-lotus-desaru-beach-resort-spa-bagi-program-sldn.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/majlis-penyampaian-sijil-skm-kepada-pekerja-lotus-desaru-beach-resort-spa-bagi-program-sldn.html Majlis Penyampaian Sijil SKM Kepada Pekerja Lotus Desaru Beach Resort & Spa Bagi Program SLDN

Majlis Penyampaian Sijil SKM Kepada Pekerja Lotus Desaru Beach Resort & Spa Bagi Program SLDN

Desaru, 11 Jun 2019 - Satu Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia (SLDN) telah diadakan di Bougainvillea Hall, Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Majlis penyampaian sijil tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai perantis-perantis yang telah berjaya menamatkan Program SLDN bersama IKBN Bandar Penawar. Tujuan utama program dijalankan untuk melahirkan pekerja yang berpengetahuan (K-Workers) yang merangkumi elemen teknikal, sosial & kemanusiaan, metadologi & pembelajaran. Seramai 36 orang telah berjaya dipersijilkan SKM iaitu 25 perantis SKM tahap 2 dan 11 perantis SKM tahap 3 melibatkan Jurusan Penyediaan Makanan dan Penyajian. Majlis disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Khailani Bin Ismail, Pengarah IKBN Bandar Penawar dan diiringi oleh Puan Asnidah Binti Tationo, HR Manager Lotus Desaru Beach Resort & Spa.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 12 Jun 2019 17:36:47 +0800