IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 05 November 2017 15:27

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 1

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 1


Johor Bahru, 4 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)-Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada 4 November 2017 di Taman Permainan, Jalan Pekaka 5, Taman Perling, Johor Bahru, Johor.


Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan didalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.


Program di Taman Perling ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pulai, Pusat Pembangunan Belia Daerah Johor Bahru (JOYDEC), Ahli Majlis MPJBT Zon Taman Perling, Persatuan Belia Bintang Selatan dan disertai oleh 40 orang pelajar/kakitangan dari IKBN Bandar Penawar. Program ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersih, membaik pulih, mengecat dan membuat landskap di Taman Permainan Taman Perling. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan ini. Majlis Penutup program telah disempurnakan oleh Encik Suhaimi iaItu wakil rasmi kepada YB Datuk Nur Jazlan Tan Sri Muhamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri, merangkap Ahli Parlimen Pulai.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto : Saudari Nur Fatihah binti Harun Rashaid

Read 765 times Last modified on Selasa, 28 November 2017 18:20