IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 09 November 2017 15:44

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 2

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 2


Pontian, 9 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)-Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian telah dilaksanakan pada 9 November 2017 di Taman Permainan Kg. Melayu Kukup Laut, Kukup, Pontian, Johor.


Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan didalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.


Program di Kukup ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Daerah Pontian, Pejabat DUN Kukup, Penduduk Taman Laksamana,/Bandar Permas/Kampong Melayu Kukup, Ahli Jawatankuasa Majlis Zon A, B dan C. Seramai 40 orang pelajar/kakitangan dari IKBN Bandar Penawar terlibat dalam program ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1 petang.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersih, membaik pulih dan mengecat di Taman Permainan Kg. Melayu Kukup Laut, Kukup. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan ini. Peserta program turut membersih dan mengecat empat (4) hentian bas di kawasan Bandar Permas. Antara aktiviti-aktiviti sampingan yang dijalankan ialah senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma, Pertandingan Berwarna (kanak-kanak) dan pameran adri pelbagai Jabatan/Agensi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.


Majlis Penutup program telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Suhaimi bin Salleh, ADUN kawasan Kukup. Turut hadir bersama ialah Lim Chow Kiat (TP-HEP), wakil Pengarah IKBN Bandar Penawar dan Encik Muzaiz, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto : Saudara Fahmi

Read 842 times Last modified on Selasa, 28 November 2017 18:20