IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 12 November 2017 15:57

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 3

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017) SESI 3

Johor Bahru, 12 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)-Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada 12 November 2017 di Taman Permainan PPR Sri Iskandar, Johor Bahru, Johor.


Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan di dalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.


Program di PPR Sri Iskandar ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Johor Bahru, Pusat Pembangunan Belia Daerah Johor Bahru (JOYDEC), Ahli Majlis MPJB Zon Bakar Batu, Persatuan Belia Warisan, Mutiara Q-Tech Corporation Sdn. Bhd. dan disertai oleh 40 orang pelajar/kakitangan dari IKBN Bandar Penawar. Program ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersih, membaik pulih kerusi yang rosak, mengganti genting yang rosak dan mengecat di Taman Permainan PPR Sri Iskandar. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan ini.  

Turut hadir bersama ialah Lim Chow Kiat (TP-HEP), wakil kepada Pengarah IKBN Bandar Penawar dan Encik Ruhisyam Bin Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru.  Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

 

Disediakan oleh : Encik Lim Chow Kiat
Foto : Mohd Akmal Adha Bin Mohd Sanusi

Read 949 times Last modified on Selasa, 28 November 2017 18:17