IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Sabtu, 25 November 2017 17:13

PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017)

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Lim Chow Kiat
Foto : Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
PROGRAM KESUKARELAWANAN ILKBS-TOUCH POINT DIBAWAH CABINET AWAY DAY 2017 (CAD 2017)


Johor Bahru, 25 November 2017 – Satu Program Kesukarelawanan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) - Touch Point dibawah Cabinet Away Day 2017 (CAD 2017) anjuran bersama Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah dilaksanakan pada 25 November 2017 di Hentian Bas Permas, Permas Jaya, Johor.


Program di Permas Jaya dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dihadiri oleh ADUN Permas iaitu YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, merangkap Menteri Besar Johor. Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Hajah Wasitah Bt. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan serta Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali, Pengarah IKBN Bandar Penawar.


Sebanyak tujuh (7) program kesukarelawanan telah dilaksanakan oleh IKBN Bandar Penawar. Fasa I melibatkan lima (5) program, manakala Fasa II melibatkan dua (2) program. Program Kesukarelawanan ILKBS merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan di dalam diri belia. Pelaksanaan projek ini juga adalah selari dengan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) dibawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Stratergy (NBOS) di antara ILKBS, Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Persatuan Alumni ILKBS, Persatuan-Persatuan Belia dan NGO serta wakil rakyat di kawasan terpilih.

Read 676 times Last modified on Isnin, 01 January 2018 17:21