Print this page
Khamis, 15 June 2017 16:48

PROGRAM KHATAM AL-QURAN, BERBUKA PUASA, SOLAT TERAWIH DAN MOREH PERDANA IKBN BANDAR PENAWAR 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM KHATAM AL-QURAN, BERBUKA PUASA, SOLAT TERAWIH DAN MOREH PERDANA IKBN BANDAR PENAWAR 2017
Disediakan oleh : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari


Bandar Penawar, 15 Jun 2017 – Bertempat di Surau IKBN Bandar Penawar satu program anjuran Ahli Jawatankuasa Surau dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Bandar Penawar telah berkerjasama menjayakan program Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa, Solat Terawih dan Moreh Perdana sempena sambutan kedatangan Nuzul Al-Quran.

 

Majlis bermula jam 4.25 petang dipengerusikan oleh Encik Mohamad Jailani Bin A Jamil selaku Naib Pengerusi AJK Surau IKBN Bandar Penawar. Program dimulai dengan solat Asar berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran oleh 11 orang wakil pelajar lelaki. Program diteruskan dengan bacaan yassin dan tahlil bagi tujuan sedekah kepada saudara mara dikalangan pelajar dan kakitangan IKBN Bandar Penawar. Setelah itu program diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan program Tadarus Al-Quran dan Katam Al-Quran. Penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Puan Maslizawati bagi pelajar perempuan manakala Encik Jailani menyampaikan cenderahati kepada pelajar lelaki.


Program diteruskan dengan sesi bermaaf-maafan dikalangan pelajar dan kakitangan. Hari ini merupakan hari terakhir pelajar berada di IKBN Bandar Penawar dan esok mereka akan bertolak balik ke kampung halaman masing-masing. Setelah itu semua pelajar dan kakitangan bergerak ke Dewan Makan bagi persiapan Majlis berbuka puasa dengan sedikit jamuan ringan iaitu kurma dan kuih-muih. Selesai berbuka program diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah dan selesai solat program diteruskan kembali menjamu selera di Dewan Makan IKBN Bandar Penawar.


Selepas majlis menjamu selera, program diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah dan diteruskan dengan Solat Terawih Berjemaah. Majlis ditamatkan dengan jamuan Moreh bersama pelajar dan kakitangan pada jam 9.45 malam. Program ini berjalan lancar dengan seramai 15 orang kakitangan IKBNBP dan 99 orang pelajar terlibat.

Read 1008 times
Find us on Facebook
Follow Us