Bandar Penawar, 29 Mac 2016 – Satu Program Gotong Royong dan Program Hijau Bumiku anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Bandar Penawar dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar telah diadakan pada 27 Mac 2016 bagi memupuk sikap tolong-menolong dan semangat cintakan alam semulajadi dikalangan peserta. Program ini telah diadakan di kawasan Kampung Punggai, Pengerang dan disertai oleh seramai 38 orang pelajar IKBN Bandar Penawar.
Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti membersihkan kawasan pantai dan kawasan perumahan di Kampung Punggai. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.