IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 28 May 2019 17:49

Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Komuniti.

Written by
Rate this item
(0 votes)

Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Komuniti.

Bandar Penawar, 27 Mei 2019 - IKBN Bandar Penawar telah menghantar seramai 5 orang pegawai dan kakitangan untuk menyertai Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Komuniti di Riverside Desaru Coast.

 

Program yang dianjurkan oleh Desaru Coast ini telah disertai oleh 7 agensi (5 orang peserta setiap agensi) yang berada di sekitar Bandar Penawar. Menjadikan program gotong -royong sesama agensi swasta/awam/institut dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Bandar Penawar dan kawasan yang berhampiran merupakan objektif utama program ini.

 

Selain itu, program ini juga dijadikan sebagai satu pertandingan di mana hadiah menarik disediakan untuk pemenang. IKBN Bandar telah diumumkan sebagai juara untuk pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli
Foto : Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam

Read 271 times
 
Find us on Facebook
Follow Us