Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Komuniti. http://kemahiran.kbs.gov.my Fri, 22 Jan 2021 16:49:35 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my Mesyuarat Tindakan Khas Pencegahan Penularan Covid-19 IKBN Bandar Penawar http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4179-mesyuarat-tindakan-khas-pencegahan-penularan-covid-19-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4179-mesyuarat-tindakan-khas-pencegahan-penularan-covid-19-ikbn-bandar-penawar.html Mesyuarat Tindakan Khas Pencegahan Penularan Covid-19 IKBN Bandar Penawar

Mesyuarat Tindakan Khas Pencegahan Penularan Covid-19 IKBN Bandar Penawar

Bandar Penawar, 17 Mac 2020 - Satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, Mohd Khailani Bin Ismail bagi memastikan penularan virus Covid-19 dapat dicegah daripada menular. Turut hadir Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Cawangan, Unit dan Bahagian. Mesyuarat ini membincangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil di ruang pejabat, kakitangan serta pelajar.

 

IKBN Bandar Penawar akan sentiasa memastikan penggunaan hand sanitizer, semakan suhu badan secara berkala dan pemakaian mask sekiranya diperlukan. Dimaklumkan juga cuti para pelajar dilanjutkan sehingga 31 Mac 2020 dan akan mula lapor diri pada 1 April 2020. Sebarang makluman akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dan diharap para ibu bapa dan pelajar sentiasa berhubung dengan pihak IKBN Bandar Penawar melalui laman Facebook atau pejabat ataupun pengajar  untuk maklumat terkini. Semoga kita semua dapat menjaga diri sendiri dan melakukan pemeriksaan kesihatan jika perlu.

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 17 Mar 2020 17:18:16 +0800
Mesyuarat Penyelarasan Bersama Kontraktor Keselamatan dan Kebersihan Bagi Mencegah Penularan Virus Covid-19 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4178-mesyuarat-penyelarasan-bersama-kontraktor-keselamatan-dan-kebersihan-bagi-mencegah-penularan-virus-covid-19.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4178-mesyuarat-penyelarasan-bersama-kontraktor-keselamatan-dan-kebersihan-bagi-mencegah-penularan-virus-covid-19.html Mesyuarat Penyelarasan Bersama Kontraktor Keselamatan dan Kebersihan Bagi Mencegah Penularan Virus Covid-19

Mesyuarat Penyelarasan Bersama Kontraktor Keselamatan dan Kebersihan Bagi Mencegah Penularan Virus Covid-19

Bandar Penawar, 15 Mac 2020 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bagi mencegah virus Covid-19 daripada menular. Langkah ini diambil bagi persediaan menyambut kehadiran para pelajar yang akan tamat cuti semester pada 21 Mac 2020 nanti. Pelbagai inisiatif lain dibuat seperti mengelap meja dan ruang kerja dengan air sabun dettol, pemakaian hand sanitizer dan lain-lain. Para pegawai Hal Ehwal Pelajar juga akan bertugas semasa pelajar melapor diri dengan mengadakan pemeriksaan suhu badan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 17 Mar 2020 12:23:28 +0800
Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional Kerjasama Antara Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4133-mesyuarat-penyelarasan-dan-lawatan-kerja-program-latihan-kemahiran-vokasional-kerjasama-antara-kementerian-belia-dan-sukan-kbs-dan-agensi-antidadah-kebangsaan-aadk.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4133-mesyuarat-penyelarasan-dan-lawatan-kerja-program-latihan-kemahiran-vokasional-kerjasama-antara-kementerian-belia-dan-sukan-kbs-dan-agensi-antidadah-kebangsaan-aadk.html Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional Kerjasama Antara Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Mesyuarat Penyelarasan dan Lawatan Kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional Kerjasama Antara Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Kota Tinggi, 12 Mac 2020 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diwakili oleh Encik Churemi Bin Sairi dan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Khailani Bin Ismail serta beberapa pegawai hari ini telah menghadiri mesyuarat penyelarasan dan lawatan kerja Program Latihan Kemahiran Vokasional dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di PUSPEN Kota Tinggi bagi meningkatkan lagi kerjasama untuk melahirkan lebih ramai belia yang berkemahiran tinggi agar selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempunyai tenaga mahir sebanyak 35% menjelang tahun 2020.

 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Puan Chong Siew Ngoh dan turut sama Penolong Pengarah Rawaran dan Pemulihan AADK, En Roslan Bin Hussein, Pengarah PUSPEN Kota Tinggi, Puan Faizah Binti Harun, Pegawai AADK Kota Tinggi, Puan Everlyn serta beberapa pegawai PUSPEN dan AADK.


Mesyuarat pada hari ini, adalah kesinambungan daripada mesyuarat terdahulu pada 5 Februari 2020. Mesyuarat pada kali ini akan memberi lebih penekanan terhadap pemerkasaan kualiti peserta PUSPEN Kota Tinggi melalui Pendidikan dan Latihan, Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui kemahiran hardskill dan kemahiran softskill iaitu bidang kimpalan dan penyajian melalui program My Future Youth.


Selain meneruskan bentuk-bentuk kerjasama sedia ada, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengembangkan skop kolaborasi meliputi penganjuran Train Of Trainer (TOT) kepada pengajar PUSPEN dan pelaksanaan kerjasama dalam kebolehpasaran perserta kursus. Turut diadakan lawatan tapak ke bengkel dan ruang pembelajaran bagi praktikal dan juga teori yang disediakan oleh pihak PUSPEN bagi pelaksanaan program kerjasama ini kelak.


Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 16 Mar 2020 13:20:13 +0800
Taklimat Kerjaya dan (English Empowerment Initiative) Daripada The Westin Desaru Coast Kepada Para Pelajar Semester Akhir IKBN Bandar Penawar Sempena Hari Wanita Sedunia http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4132-taklimat-kerjaya-dan-english-empowerment-initiative-daripada-the-westin-desaru-coast-kepada-para-pelajar-semester-akhir-ikbn-bandar-penawar-sempena-hari-wanita-sedunia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4132-taklimat-kerjaya-dan-english-empowerment-initiative-daripada-the-westin-desaru-coast-kepada-para-pelajar-semester-akhir-ikbn-bandar-penawar-sempena-hari-wanita-sedunia.html Taklimat Kerjaya dan (English Empowerment Initiative) Daripada The Westin Desaru Coast Kepada Para Pelajar Semester Akhir IKBN Bandar Penawar Sempena Hari Wanita Sedunia

Taklimat Kerjaya dan (English Empowerment Initiative) Daripada The Westin Desaru Coast Kepada Para Pelajar Semester Akhir IKBN Bandar Penawar Sempena Hari Wanita Sedunia

Bandar Penawar, 12 Mac 2020 - Seramai 24 orang pelajar semester akhir Jurusan Penyajian dan Penyediaan Makanan telah terpilih untuk mengikuti program kerjaya bersama The Westin Desaru Coast yang disampaikan oleh Puan Caterine. Program ini dilaksanakan untuk menjadikan para pelajar lebih berkeyakinan dan mampu membuktikan mereka boleh berdikari dan memberi sumbangan yang besar setanding dengan lelaki di dalam organisasi. Para pelajar juga diajar cara untuk menghadiri sesi soal jawab semasa temuduga. The Westin Desaru Coast merupakan Rakan Industri IKBN Bandar Penawar dan telah mengambil para pelajar untuk latihan industri dan seterusnya menawarkan peluang pekerjaan.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 16 Mar 2020 13:15:28 +0800
Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) IKBN Bandar Penawar Daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4131-penilaian-anugerah-ilkbs-terbaik-ait-ikbn-bandar-penawar-daripada-bahagian-pembangunan-kemahiran-belia-bpkb-kbs.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4131-penilaian-anugerah-ilkbs-terbaik-ait-ikbn-bandar-penawar-daripada-bahagian-pembangunan-kemahiran-belia-bpkb-kbs.html Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) IKBN Bandar Penawar Daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS

Penilaian Anugerah ILKBS Terbaik (AIT) IKBN Bandar Penawar Daripada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS

Bandar Penawar, 10-11 Mac 2020 - Seramai 5 orang panel penilai daripada BPKB KBS telah hadir bagi menilai IKBN Bandar Penawar yang merupakan salah satu daripada 22 Institut Latihan Kemahiran Awam dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Penilaian keseluruhan melibatkan pengurusan pentadbiran, kewangan, latihan, hal ehwal pelajar, kebolehpasaran, hubungan industri, alumni, EKSA, MS ISO 9001:2015 dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan atas komitmen dalam menjadikan IKBN Bandar Penawar sebagai pusat latihan awam terbaik.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 12 Mar 2020 13:10:59 +0800
SEMINAR PERNIAGAAN & ENTREPRENEUR DIGITAL 2020 (SPEED 2020) http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4130-seminar-perniagaan-entrepreneur-digital-2020-speed-2020.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4130-seminar-perniagaan-entrepreneur-digital-2020-speed-2020.html SEMINAR PERNIAGAAN & ENTREPRENEUR DIGITAL 2020 (SPEED 2020)

SEMINAR PERNIAGAAN & ENTREPRENEUR DIGITAL 2020 (SPEED 2020)

Desaru, 8 Mac 2020 - Sekitar Seminar Perniagaan & Entrepreneur Digital 2020 yang berlangsung di Dewan Muafakat, Taman Desaru Utama. Majlis penutup dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Hazlina binti Jalil, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang.


Seramai 120 peserta melibatkan peniaga-peniaga di kawasan Sungai Rengit, Bandar Penawar, Bandar Mas & Telok Sengat. Pendedahan penggunaan bayaran secara digital dan tanpa tunai melalui QR Pay dan lain-lain. Peniaga juga didedahkan dengan kaedah mempromosikan perniagaan melalui instaweb. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pula memberi tunjuk ajar berkenaan Tatacara Hidang makanan secara betul kepada pelanggan.

 

Selain itu, IKBN Bandar Penawar juga turut mengadakan kursus Penyediaan Pastri membuat cookies kepada komuniti setempat.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 11 Mar 2020 10:05:56 +0800
Pameran dan Promosi IKBN Bandar Penawar Sempena Pengumuman Keputusan SPM di SMK Adela http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4129-pameran-dan-promosi-ikbn-bandar-penawar-sempena-pengumuman-keputusan-spm-di-smk-adela.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4129-pameran-dan-promosi-ikbn-bandar-penawar-sempena-pengumuman-keputusan-spm-di-smk-adela.html Pameran dan Promosi IKBN Bandar Penawar Sempena Pengumuman Keputusan SPM di SMK Adela

Pameran dan Promosi IKBN Bandar Penawar Sempena Pengumuman Keputusan SPM di SMK Adela

Adela, 5 Mac 2020 - IKBN Bandar Penawar telah dijemput untuk membuat pameran dan promosi bagi kemasukan bulan Julai di Majlis Pengumuman Keputusan SPM baru-baru ini. IKBN Bandar Penawar akan mula mengambil pelajar bagi Jurusan Kimpalan dan Penyediaan Makanan bagi sesi Julai 2020. Kursus yang ditawarkan ialah Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan SHF03) dan Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Kimpalan) SMW 03.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

 

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 09 Mar 2020 12:53:48 +0800
Majlis Perhimpunan Bulanan http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4068-majlis-perhimpunan-bulanan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4068-majlis-perhimpunan-bulanan.html Majlis Perhimpunan Bulanan

Majlis Perhimpunan Bulanan

Bandar Penawar, 2 Mac 2020 - Jabatan Hopitaliti yang diketuai oleh Encik Shah Rizan Bin Tamrim, telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan di Dewan Seri Desaru. Pelbagai acara menarik telah disajikan. Tema bagi majlis kali ini adalah Citra Budaya. Dewan Seri Desaru telah di hias mengikut tema yang sangat menggamit pengunjung.

 

Ketibaan Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan disambut dengan alunan kompang dan persembahan tarian. Kemudian majlis diteruskan dengan nyayian lagu Bangsa Johor dan Negaraku diikuti dengan bacaan doa. Kemudian peserta disajikan dengan Tayangan Montaj dan Pesembahan tarian kebudayaan kaum cina dan india.

 

Setelah itu majlis diteruskan dengan ucapan pengarah dan penyampaian anugerah dan sijil kepada Penerima Sijil WSMB, inovasi dan kecemerlangan pelajar terbaik serta anugerah pencapian cemerlang bulanan pegawai. Diselitkan juga gimik penyerahan bendera kepada peserta kontijen WSMB tahun ini. Majlis diteruskan dengan cabutan bertuah dan sambutan hari lahir. Majlis berakhir jam 12.00 tengah hari dengan persembahan zapin dan joget oleh pelajar IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto oleh : PUan Lim Qwee Buay

 

 

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 05 Mar 2020 16:35:20 +0800
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kampus Bandar Raya Johor (ICC) Bersama MBJB di KOMBES, Larkin, Johor http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4065-mesyuarat-jawatankuasa-teknikal-kampus-bandar-raya-johor-icc-bersama-mbjb-di-kombes-larkin-johor.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4065-mesyuarat-jawatankuasa-teknikal-kampus-bandar-raya-johor-icc-bersama-mbjb-di-kombes-larkin-johor.html Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kampus Bandar Raya Johor (ICC) Bersama MBJB di KOMBES, Larkin, Johor

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kampus Bandar Raya Johor (ICC) Bersama MBJB di KOMBES, Larkin, Johor

Larkin, 27 Februari 2020 - Satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC) yang dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Kekompetenan Belia BPKB KBS, Cik Fadhilah Binti Ahmad, turut hadir Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Khailani Bin Ismail telah diadakan bersama pasukan MBJB bagi membincangkan mengenai beberapa perkara berkaitan bangunan dan spesifikasi peralatan serta industri yang akan terlibat. Satu sesi lawatan tapak juga telah dibuat bagi melihat perkembangan dan keadaan tempat yang bakal dijadikan Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ICC) nanti.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 02 Mar 2020 14:00:11 +0800
Program Khidmat Masyarakat ‘Beach Cleaning’ Di Pantai Batu Layar Desaru Bersempena Pengistiharan Majlis Perbandaran Pengerang http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4064-program-khidmat-masyarakat-beach-cleaning-di-pantai-batu-layar-desaru-bersempena-pengistiharan-majlis-perbandaran-pengerang.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-memasak-bubur-lambuk-bersama-komuniti/item/4064-program-khidmat-masyarakat-beach-cleaning-di-pantai-batu-layar-desaru-bersempena-pengistiharan-majlis-perbandaran-pengerang.html Program Khidmat Masyarakat ‘Beach Cleaning’ Di Pantai Batu Layar Desaru Bersempena Pengistiharan Majlis Perbandaran Pengerang

Program Khidmat Masyarakat ‘Beach Cleaning’ Di Pantai Batu Layar Desaru Bersempena Pengistiharan Majlis Perbandaran Pengerang

Desaru, 29 Februari 2020 - Para pelajar dan beberapa kakitangan IKBN Bandar Penawar telah sama-sama menyertai Program Khidmat Masyarakat ‘Beach Cleaning’ di Pantai Batu Layar bersempena Pengistiharan Majlis Perbandaran Pengerang. Semoga para pengunjung dapat sama-sama menjaga kebersihan pantai agar dapat dinikmati bersama-sama.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 01 Mar 2020 13:56:13 +0800