IKBN



KUALA LANGAT

 
Selasa, 15 September 2020 12:31

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN CHIROPRACTIC APPLICATION JABATAN PERKHIDMATAN SUKAN IKBN KUALA LANGAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 23 JULAI 2020 - Seramai lapan orang kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Sukan IKBN Kuala Langat telah menghadiri satu kursus di bawah Program Peningkatan Kemahiran (PPK) yang dianjurkan oleh Recuperer Sports Rehab Centre bagi menambah serta meningkatkan kemahiran.

 

Kursus Chiropractic Manipulation and Application telah dijalankan selama empat hari bermula 20 Julai sehingga 23 Julai 2020 dan dijalankan di Studio Terapi Sukan IKBN Kuala Langat yang menampilkan pengajar yang berpengalaman serta berkemahiran tinggi iaitu En Muhammad Farhan Bin Ahmad dan En Fakhrul Faiz bin Mahidin. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberikan ilmu kemahiran mengenai kaedah manipulasi tulang belakang dengan aplikasi sains dan urutan. Kemahiran ini merupakan satu cabang baharu dalam bidang terapi sukan dan ia sangat bertepatan dengan kehendak industri masa kini.

 

 

   Disediakan Oleh : Mohd Shahmil Bin Mazeli ( Jabatan Perkhidmatan Sukan )

 

 

 

Read 114 times