Kursus ini telah disertai oleh 8 orang peserta dari IKBN Kuala Langat. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pengajar mengenai penghasilan lukisan 3D rekabentuk dalaman menggunakan aplikasi SketchUp dan seterusnya membuat teknik rendering menggunakan aplikasi Vray. Hasil yang diperolehi adalah photorealistic image iaitu imej lukisan yang kelihatan seperti gambar sebenar.
HASIL LUKISAN DARI KURSUS
Disediakan Oleh : Siti Nor Sharbana binti Azmi (Jabatan Teknologi Awam)