IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 21 May 2017 14:50

PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK 2017

Written by
Rate this item
(1 Vote)

PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK 2017
Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Bandar Penawar, 20 Mei 2017 – Satu Program Penjelajahan Lasak 2017 anjuran Sekretariat Rakan Muda IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2017 dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah diadakan pada 19 hingga 20 Mei baru-baru ini bagi memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap cintakan alam semulajadi dikalangan peserta. Program yang merupakan salah satu elemen utama dalam komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ini telah diadakan di kawasan Hutan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru dan disertai oleh seramai 36 orang peserta dari IKBN Bandar Penawar.


Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti outdoor yang meliputi aktiviti kraf perkhemahan, aktiviti kembara malam, serta aktiviti jungle trekking yang lasak di dalam satu kumpulan yang besar dimana setiap peserta diajar cara-cara untuk merentasi halangan-halangan yang sukar di sepanjang laluan ke destinasi penamat. Semua peserta telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi untuk sampai ke destinasi penamat yang ditetapkan dengan bantuan para pegawai pengiring dan jurulatih.


Sesekali pelajar IKBN Bandar Penawar dibawa untuk meneroka aktiviti di luar kampus, mereka dapat melupakan seketika buku dan tugasan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini. Semoga program seperti ini sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Read 1970 times Last modified on Rabu, 31 May 2017 17:00
 
Find us on Facebook
Follow Us