IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Jumaat, 26 August 2016 01:47

Program Pertandingan IKBN Bandar Penawar Idol #Merdeka!!

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudari Nurul Hani bt Ahmad Mohamad
PROGRAM PERTANDINGAN IKBN BANDAR PENAWAR IDOL #MERDEKA!!


Bandar Penawar, 25 Ogos 2016 – Satu Program Pertandingan IKBN Bandar Penawar IDOL 2016 bertemakan #Merdeka telah diadakan pada 23 & 24 Ogos 2016 baru-baru ini. Sesuai dengan temanya, pertandingan ini diadakan bersempena dengan sambutan tahun kemerdekaan ke -59. Ia juga turut menjadi platform untuk mencungkil bakat baru dikalangan pelajar dalam bidang seni suara. Program ini telah disertai oleh seramai 28 orang pelajar (14 pasangan duet) IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada wakil Tahap 1 dan Tahap 2 bagi setiap jurusan.


Pada 23 Ogos 2016, seramai 14 pasangan telah bersaing untuk merebut lima tempat diperingkat akhir yang berlangsung pada 24 Ogos 2016. Daripada 14 pasangan, 5 yang layak ke peringkat akhir ialah : Siti Nurliyana binti Parsin & Noor Hidayah binti Mohd Arbani (Juara), Nur Balkis binti Samsol & Syazana Aishah Fitri Shahrul (naib juara), Nur Farah Wahidah bt Mohd Yusof & Wardah Syazwani bt Md Isa (ketiga), Farid Ikmal bin Md Rizal & Nur Dahliana binti Khalid (keempat) dan Abdul Syamil bin Abdul Fadzil & Nurul Atikah Hani binti Ramli (kelima). Bersesuaian dengan temanya #Merdeka!!, pelajar dikehendaki menyampaikan lagu bertemakan patriotik pada pusingan pertama dan satu lagu bertema bebas pada pusingan kedua.


Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Sekretariat Rakan Muda Sesi 2/2016 dengan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 1087 times
 
Find us on Facebook
Follow Us