IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 08 September 2016 18:29

PROGRAM PERTANDINGAN SAJAK DAN PIDATO IKBN BANDAR PENAWAR 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Saudari Nurul Hani bt Ahmad Mohamad
PROGRAM PERTANDINGAN SAJAK DAN PIDATO IKBN BANDAR PENAWAR 2016


Bandar Penawar, 8 September 2016 – Satu Program Pertandingan Pidato dan Sajak IKBN Bandar Penawar 2016 telah diadakan pada 7 September 2016 baru-baru ini. Sesuai dengan namanya, pertandingan ini diadakan sebagai platform untuk mengenal pasti bakat yang sesuai untuk dilatih bagi mewakili IKBN Bandar Penawar ke Pertandingan Pidato & Deklamasi Puisi (Sajak) bersempena Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat KBS Tahun 2016. Program ini telah disertai oleh seramai 20 orang pelajar IKBN Bandar Penawar (6 orang peserta pidato & 14 orang peserta sajak).


Bersempena dengan matlamat utama pertandingan, tajuk – tajuk yang dibawakan oleh para peserta merupakan tajuk yang ditapis dan sesuai untuk dibawa semasa pertandingan. Tajuk-tajuk popular seperti “Belia Mahir Negara Makmur”, “Bahasa Melayu Lambang Perpaduan Negara”, dan “Kemerdekaan membina Ketamadunan Negara” menjadi pilihan utama para peserta pidato. Manakala antara tajuk – tajuk lain seperti “Menggarap Mimpi Kelak” dan “Ingatan Kepada Kawan” menjadi pilihan para penyajak. Keputusan pertandingan sajak, Abdul Syamil bin Abdul Fadzil (Johan), Mohd Firdaus bin Shapee (Naib Johan) dan Mohd Izwan bin Izzudin (Ketiga). Keputusan pertandingan pidato pula Nadiatul Nur Fatihah (Johan), Wan Mohd Hafiz bin Zaidi (Naib Johan), Mohd Ainuddin bin Mat Rahim (Ketiga).


Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar dan Sekretariat Rakan Muda Sesi 2/2016 dengan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 1334 times Last modified on Selasa, 13 September 2016 18:47
 
Find us on Facebook
Follow Us