Bandar Penawar, 19 April 2019 - Seramai 40 peserta daripada pelajar IKBN Bandar Penawar mengambil bahagian dalam menghasilkan senireka kreatif yang menggunakan bahan-bahan berasaskan bijirin bagi menghasilkan imej yang menarik. Majlis Perasmian penutup dan penyampaian sijil disampaikan oleh Puan Wardah Binti Husin, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor. Terima kasih kepada pegawai-pegawai IKBN Bandar Penawar yang turut bersama-sama menjayakan program ini.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah