IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Khamis, 10 March 2016 23:31

HARI SUKAN JABATAN HOSPITALITI IKBN BANDAR PENAWAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli
Foto : Encik Megat Hafizi Bin Megat Jamil
HARI SUKAN JABATAN HOSPITALITI IKBN BANDAR PENAWAR

Bandar Penawar, 10 - 12 Mac 2016 – Bertempat di Gelanggang Futsal dan Bola Tampar IKBN Bandar Penawar, Jabatan Hospitaliti telah menganjurkan Hari Sukan Jabatan Hospitaliti 2016. Antara acara yang dipertandingkan ialah perlawanan Bola Jaring, Bola Tampar dan Futsal.


Seramai 136 orang pelajar Jabatan Hospitaliti dan Tenaga Pengajar Jabatan Hospitaliti seramai 9 orang terlibat dengan acara tersebut. Acara ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan pengajar melalui aktiviti yang bermanfaat dan sihat. Selain itu dapat menerapkan budaya sukan dikalangan pelajar bagi meningatkan tahap kecergasan setiap pelajar dan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang pengurusan acara sukan.


Acara Futsal tempat pertama dimenangi oleh pelajar Penyajian, bagi acara Bola Tampar tempat pertama dimenangi oleh pelajar Penyediaan Makanan. Pertandingan Bola Jaring tempat pertama dimenangi oleh pelajar Penyajian. Tahniah kepada yang berjaya, diharap acara seperti ini dapat dilaksanakan setiap tahun bagi menerapkan gaya hidup sihat dikalangan para pelajar.

Read 2437 times Last modified on Rabu, 20 April 2016 20:30