PROGRAM RAKAN MUDA KREATIF [ INOVASI ] DAERAH KOTA TINGGI ANJURAN JABATAN BELIA & SUKAN KOTA TINGGI DI IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my Sat, 25 Jan 2020 17:21:02 +0800 Joomla! - Open Source Content Management ms-my PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-bubur-lambuk-sempena-ramadhan-al-mubarak.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-bubur-lambuk-sempena-ramadhan-al-mubarak.html PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

BANDAR PENAWAR, 22 Mei 2018 – Sebagai tanda kesyukuran menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, Jabatan Hospitaliti, IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan Program Penyediaan Bubur Lambuk. Program yang melibatkan semua pegawai, pengajar dan pelajar dari Jabatan Hospitaliti iaitu seramai 11 orang pegawai dan pengajar, 67 orang pelajar secara bergotong-royong.


Program yang telah dimulakan seawal jam 8.00 pagi ini dimulakan dengan penyediaan bahan-bahan masakan. Kira-kira jam 11.00 pagi pegawai mula menyediakan periuk bagi memasak bubur tersebut. Pada jam 3.00 petang bubur lambuk siap dimasak dan dibungkus untuk diagihkan. Bubur lambuk diagihkan kepada semua pegawai, kakitangan, pekerja kontrak pembersihan, pengawal keselamatan, pekerja dewan makan dan pelajar. Selebihnya bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai di bazar Ramadhan Bandar Penawar.


Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pengajar dan pelajar di Jabatan Hospitaliti. Selain itu ia dapat memupuk sikap bersedekah di kalangan semua warga IKBN Bandar Penawar. Semoga program seperti ini sentisa diutamakan dan dijadikan rutin setiap tahun apabila kedatangan bulan yang mulia ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

 

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Rusli
Foto : Puan Nurlia Binti Rusli

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Tue, 22 May 2018 12:03:31 +0800
IKBN BANDAR PENAWAR JOHAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA PROGRAM SEMARAK BIRU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/ikbn-bandar-penawar-johan-pertandingan-fotografi-sempena-program-semarak-biru.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/ikbn-bandar-penawar-johan-pertandingan-fotografi-sempena-program-semarak-biru.html IKBN BANDAR PENAWAR JOHAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA PROGRAM SEMARAK BIRU

IKBN BANDAR PENAWAR JOHAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA PROGRAM SEMARAK BIRU


BANDAR PENAWAR, 2 April 2018 – Tahniah diucapkan kepada IKBN Bandar Penawar kerana telah menjadi Johan bagi pertandingan Fotografi anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengerang Sempena Program Semarak Biru Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Negeri Johor. IKBN Bandar Penawar memenangi tempat pertama bagi Kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) pertandingan Fotografi Gambar Kreatif.


Hadiah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Gambar Kreatif yang diambil semasa Program Sambutan Hari Autisme Sedunia di IKBN Bandar Penawar memperolehi hadiah bernilai RM 1,000.00. Program Semarak Biru Hari Kesedaran Autisme Sedunia Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Perkarangan SKS City Mall Bandar Penawar.


Gambar ini dihasilkan atas usahasama pelajar dan pengajar serta semua kakitangan yang terlibat menyertai Program Sambutan Hari Autisme Sedunia di IKBN Bandar Penawar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuklah kakitangan Kontraktor di IKBN Bandar Penawar.


Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Mon, 02 Apr 2018 17:34:38 +0800
PROGRAM KITAR SEMULA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kitar-semula.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kitar-semula.html PROGRAM KITAR SEMULA

PROGRAM KITAR SEMULA

BANDAR PENAWAR, 1 April 2018 – Pelancaran Program Kitar Semula Sempena Kempen Pensijilan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Mohd Saleh Bin Haji Ghazali dan diiringi oleh Encik Shaidon Bin Borham selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan Ketua Sekolah Perhotelan Encik Shaharin Bin Shaharuddin.


EKSA dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran kerja bersih, kemas dan kondusif. Program Kitar Semula pula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.


Dengan adanya Program Kitar Semula ini, semua pegawai dan pelajar IKBN Bandar Penawar diharap lebih prihatin dalam menjaga alam sekitar dan mengurangkan bahan buangan. Program yang turut melibatkan Kontraktor Kebersihan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada semua. Program perlaksanaan amalan kitar semula ini sepatutnya dijadikan acara tahunan supaya ia sentiasa dipraktikan.


Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 01 Apr 2018 16:21:44 +0800
SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sambutan-hari-autisme-sedunia.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/sambutan-hari-autisme-sedunia.html SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA

SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA


BANDAR PENAWAR, 1 April 2018 – Sempena Sambutan Hari Autisme Sedunia pada 2 April 2018, IKBN Bandar Penawar menyatakan tanda sokongan dengan membuat plakad dengan cap tapak tangan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali dan pelajar IKBN Bandar Penawar. Pengarah IKBN Bandar Penawar juga turut menyampaikan taklimat kesedaran mengenai Autisme semasa ucapan pembukaan. Selain itu pelajar juga membuat persembahan berkenaan Autisme dalam Bahasa Inggeris.


Sebagai tanda sokongan kepada Hari Autisme Sedunia, para pelajar dan pegawai IKBN Bandar Penawar memakai pakaian berwarna biru sebagai simbolik sokongan kepada golongan autisme seluruh dunia. Sambutan ini dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti bagi memberi kesedaran kepada setiap individu supaya lebih prihatin terhadap anak-anak autisme.

 

Autisme merupakan gangguan perkembangan seseorang individu yang berkaitan dengan masalah hubungan sosial, masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain malah anak autisme akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia diharap dapat meningkatkan kesedaran terutama kepada pegawai dan pelajar IKBN Bandar Penawar mengenai Autisme.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 01 Apr 2018 15:16:19 +0800
PROGRAM KESEDARAN MAKNA http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesedaran-makna.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/program-kesedaran-makna.html PROGRAM KESEDARAN MAKNA

PROGRAM KESEDARAN MAKNA

BANDAR PENAWAR, 7 Mac 2018 – Majlis Kanser Nasional atau lebih dikenali sebagai MAKNA telah mengadakan taklimat, penerangan dan kesedaran penyakit kanser kepada pegawai-pegawai IKBN Bandar Penawar. MAKNA telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai pertubuhan sosial yang memberi sokongan, rawatan, pendidikan & kesedaran, penyelidikan dan bantuan kewangan berkenaan kanser.

 

Setiap tahun penderita penyakit kanser semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia. MAKNA mengambil tanggunjawab memberi kesedaran kepada semua pegawai di IKBN Bandar Penawar tentang bertapa pentingnya untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat bagi pencegahan awal kanser. Encik Roslan Bin Ahmad selaku penyampai dari MAKNA juga telah menerangkan cara-cara untuk mengesan tanda-tanda awal kanser.

 

Selain itu semua pegawai di IKBN Bandar Penawar dipaparkan dengan penderitaan dan kepayahan hidup pengidap-pengidap kanser yang telah mendapat bantuan dan sokongan dari MAKNA. Pelbagai aktiviti yang MAKNA laksanakan bagi membantu pesakit kanser antaranya menyediakan rumah (Halfway House) untuk pesakit kanser atau penjaga yang perlu berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. MAKNA dengan usahasama UPM telah menubuhkan Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CANRES) dalam usaha untuk menambahbaik rawatan kanser.

 

Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan MAKAN yang telah hadir memberikan sedikit info dan penerangan yang bermanafaat untuk semua pegawai IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 08 Mar 2018 01:58:58 +0800
LAWATAN PENANDA ARAS UniKL MFI http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-penanda-aras-unikl-mfi.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/lawatan-penanda-aras-unikl-mfi.html LAWATAN PENANDA ARAS UniKL MFI

LAWATAN PENANDA ARAS UniKL MFI

BANDAR PENAWAR, 21 Februari 2018 - Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) telah mengunjungi IKBN Banda Penawar bertujuan untuk melihat sendiri pelaksanaan Accredited Test Facility American Welding Society IKBN Bandar Penawar. Delegasi yang dihadiri oleh Encik Mohd Kamil B. Hj Mohd Said (Head Of Department Fabrication And Joining), Encik Aziz B. Dawam (Specialist Welding), Encik Sulaiman B. Jailani (Specialist Welding), Dr. Mahamad Nor B. Wahab (Senior Lecturer), Encik Ahmad Zuraili B. Yop Shahari (Technician) dan Encik Wan Fadzlee B. Wan Mustar (Technical Officer) adalah sebagai satu lawatan penanda aras oleh pihak UniKL MFI.

 

Lawatan yang berlangsung selama hampir 3 jam ini lebih kepada perkongsian sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman IKBN Bandar Penawar kepada pihak UniKL MFI dalam membangunkan ATF dari segi pembangunan Quality Prosedure Manual, stor dan kelengkapan peralatan serta persediaan ketika menghadapi audit yang dijalankan oleh pihak American Welding Society. Lawatan ini bagi memberi pendedahan kepada UniKL MFI untuk menghadapi audit ATF.

 

Antara pegawai IKBN Bandar Penawar yang terlibat ialah Encik Shaidon Bin Borham (Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan), Encik Salizal Bin Mohamad Rajali @ Mohamad Ghazali, Encik Sami'an Bin Kadiron, Encik Abd Ghani Bin Amat Bedah dan Encik Shahrul Nizam Bin Muhamat.  Semoga dengan kerjasama yang terjalin ini dapat memberi manfaat bagi kedua-dua belah pihak dimasa akan datang. Terima kasih Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) diatas kesudiaan kunjungan ini.

 

Disediakan oleh : Encik Salizal B. Mohamad Rajali @ Mohamad Ghazali
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 21 Feb 2018 17:56:35 +0800
KURSUS BEKERJA SELAMAT DI TEMPAT TINGGI, TALI DAN ASAS PENYELAMATAN. http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-bekerja-selamat-di-tempat-tinggi-tali-dan-asas-penyelamatan.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-bekerja-selamat-di-tempat-tinggi-tali-dan-asas-penyelamatan.html KURSUS BEKERJA SELAMAT DI TEMPAT TINGGI, TALI DAN ASAS PENYELAMATAN.

KURSUS BEKERJA SELAMAT DI TEMPAT TINGGI, TALI DAN ASAS PENYELAMATAN.

BANDAR PENAWAR, 17 Januari 2018 – Jawatankuasa Kesihatan Keselamatan Pekerja IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan kursus berkenaan pengenalan kepada Kursus Bekerja Selamat di Tempat Tinggi, Tali dan Asas Penyelamatan. Kursus telah diberikan oleh Encik Shahrin Bin Hashim dari Syarikat Petit Outdoor. Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada pengajar-pengajar IKBN Bandar Penawar telah mengikuti kursus ini.

 

Pada sesi pagi peserta didedahkan tentang undang-undang kilang dan mesin, undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan dengan pekerjaan di tempat tinggi. Pengenalan kepada bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko. Pengenalan kepada bahan-bahan yang digunakan semasa bekerja di tempat tinggi.

 

Pada sesi petang pula peserta diberi kesempatan untuk praktikal cara memanjat dan turun menggunakan tali. Para peserta yang terlibat diajar memakai peralatan perlindungan diri beserta cara mengikat tali. Encik Shahrin Hashim juga ada membuat demonstrasi asas penyelamatan di tempat tinggi.

 

Kursus in memberi pendedahan kepada mereka yang berkenaan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga semasa bekerja di tempat yang lebih tinggi daripada 2 meter kerana seseorang yang jatuh pada ketinggian tersebut boleh menyebabkan kecederaan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Shahrin Bin Hashim atas ilmu yang dicurahkan.

 

Disediakan oleh : Encik Kamarul Ariffin Bin Muhamad Salim
Foto : Encik Mohamad Zainal Bin Abdullah Sani

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 18 Jan 2018 11:28:46 +0800
KURSUS ePEROLEHAN BAHARU http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-eperolehan-baharu.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/kursus-eperolehan-baharu.html KURSUS ePEROLEHAN BAHARU

KURSUS ePEROLEHAN BAHARU

BANDAR PENAWAR, 15 - 16 Januari 2018 – Bertempat di Makmal Komputer IKBN Bandar Penawar telah diadakan Kursus ePerolehan Baharu. Kursus ini adalah untuk pegawai IKBN Bandar Penawar yang terlibat dengan Sistem ePerolehan Baharu. Seramai 27 orang peserta yang terlibat dari semua bahagian. Kursus dua hari yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang telah dianjurkan oleh Unit Kewangan IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd.

 

Encik Ghazali Bin Qusai dari Syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd Negeri Johor telah dijemput sebagai penceramah bagi menjayakan kursus ini. Hari pertama pegawai diperkenalkan dengan antaramuka Sistem Online ePerolehan yang baru. Mereka juga dimaklumkan berkenaan peranan masing-masing didalam sistem ePerolehan ini. Pada sebelah petang pegawai diajar bagaimana untuk melakukan transaksi Pembelian Terus secara atas talian. Antara peranan pengguna yang penting dalam proses ini adalah peminta, pelulus, urus setia dan pembekal. Dengan adanya sistem atas talian ini pembekal hanya perlu memuat naik katalog, secara tidak langsung memudahkan urusan pembelian terus.

 

Pada hari kedua pegawai diajar berkenaan Modul Sebutharga dan Tender secara atas talian menggunakan sistem ePerolehan. Dengan adanya Sistem ePerolehan baharu semua proses dan dokumentasi adalah diatas talian, ia dapat menjimatkan masa dan boleh diakses dimana-mana sahaja termasuklah diperanti mudah alaih. Semua proses seperti cipta sebut harga, cipta surat setuju terima, pemilihan pembekal dan kajian pasaran dibuat atas talian. Diharap dengan adanya kursus dan sistem yang baharu ini dapat meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan IKBN Bandar Penawar.

 
Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Jalalludin Bin Husin

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Wed, 17 Jan 2018 16:57:55 +0800
MINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI 1/2018 IKBN BANDAR PENAWAR http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-paradigma-pelajar-sesi-1-2018-ikbn-bandar-penawar.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-paradigma-pelajar-sesi-1-2018-ikbn-bandar-penawar.html MINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI 1/2018 IKBN BANDAR PENAWAR

MINGGU PARADIGMA PELAJAR SESI 1/2018 IKBN BANDAR PENAWAR

BANDAR PENAWAR, 3 - 7 Januari 2018 – Bermulanya rutin yang baru bagi pelajar IKBN Bandar Penawar Sesi 1/2018. Pelbagai aktivit telah disunsun untuk melengkapkan diri pelajar baru bagi persediaan mereka melalui hari-hari seterusnya di IKBN Bandar Penawar. Jam 2.00 petang setelah ibu bapa penjaga mereka meninggalkan IKBN Bandar Penawar, pelajar-pelajar ini telah berkumpul dan dibahagikan dalam kumpulan. Kemudian mereka diperkenalkan dengan fasilitator-fasilitator yang merupakan senior mereka dan pengajar-pengajar di IKBN Bandar Penawar.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang minggu paradigma ini ialah aktiviti Kawad Kaki, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Taklimat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Taklimat AKRAB, Taklimat Anugerah Remaja Perdana (ARP), Taklimat Pengurusan Latihan dan Taklimat Alumni. Semua aktiviti dan taklimat yang disampaikan adalah bagi menguatkan jati diri pelajar dan memberi gambaran lebih jelas berkenaan kehidupan di asrama sebagai pelajar.

 

Majlis penutup Minggu Paradigma telah diadakan pada 7 Januari jam 10.00 pagi di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Seusai ucapan Pengarah, Tuan Mohd Saleh Bin Haji Ghazali, jemputan disajikan dengan video sepanjang minggu paradigma. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan pelajar yang berjaya dalam aktiviti yang sertai.


Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Sun, 07 Jan 2018 10:23:34 +0800
MINGGU KESELAMATAN IKBN BANDAR PENAWAR 2018 http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-keselamatan-ikbn-bandar-penawar-2018.html http://kemahiran.kbs.gov.my/ms/minggu-keselamatan-ikbn-bandar-penawar-2018.html MINGGU KESELAMATAN IKBN BANDAR PENAWAR 2018

MINGGU KESELAMATAN IKBN BANDAR PENAWAR 2018

BANDAR PENAWAR, 7 - 11 Januari 2018 – Buat pertama kalinya IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan Minggu Keselamatan IKBN Bandar Penawar berkesinambungan daripada kemasukan pelajar baru pengambilan 1/2018. Program anjuran Jawatankuasa Kesihatan Keselamatan Pekerja IKBN Bandar Penawar telah merancang pelbagai aktiviti bagi menjayakan program ini. Pada hari Ahad 7 Januari 2018, jam 2.00 petang telah diadakan Majlis Perasmian yang telah dihadiri oleh semua pegawai dan pelajar. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Mohd Saleh Bin Haji Ghazali.

 

Antara aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang MInggu Keselamatan IKBN Bandar Penawar 2018 ialah Taklimat Keselamatan daripada Jawatankuasa Kesihatan Keselamatan Pekerja IKBNBP, Taklimat Pengungsian Bangunan daripada Bomba, Kursus PBSM yang diadakan di Perpustakaan IKBN Bandar Penawar, Taklimat dan demo daripada Agensi Pertahanan Awam Malaysia, Taklimat Keselamatan daripada PDRM dan Emergency Drill Pengungsian asrama bersama-sama Bomba Bandar Penawar. Disamping itu juga, pihak penganjur telah mengadakan pertandingan video kreatif berkaitan taklimat keselamatan mengikut jurusan dan asrama.

 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah turut serta menjayakan program ini. Di harap program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran keselamatan di kalangan warga dan juga pelajar IKBN Bandar Penawar.
 
Disediakan oleh : Encik Mohammad Jailani Bin A Jamil
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

]]>
ikbnbandarpenawar@email.com (IKBN Bandar Penawar Admin) IKBN Bandar Penawar Thu, 11 Jan 2018 10:21:43 +0800