IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Selasa, 08 January 2019 09:28

PROGRAM SENAM SIHAT IKBNBP

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM SENAM SIHAT IKBNBP


Bandar Penawar, 7 Januari 2019 – Satu program anjuran Jabatan Hospitaliti iaitu Senam Sihat IKBNBP telah diadakan pada hari ini bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Antara acara yang diadakan ialah senam aerobik dan bengkel dan pertandingan badminton. Acara senam aerobik diketuai oleh Encik Shah Rizan Bin Tamrin dan Encik Abun Anak Simpo. Manakala acara badminton diselaras oleh Encik Mohd Hishamudeen Bin Che Ahmad.


Program dimulakan dengan senam aerobic kemudian diteruskan dengan bengkel dan pertandingan badminton. Pertandingan badminton beregu campuran menyaksikan sebanyak 8 pasangan bertanding merebut hadiah yang dipertandingkan. Tempat pertama dimenangi oleh Encik Hishamudeen Bin Che Ahmad dan Puan Siti Hawa Binti Dasuki, tempat kedua dimenangi oleh Encik Fikri Sham Bin Basari dan Puan Noordiana Binti Mohamed Salleh dan tempat ketiga disandang oleh Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam dan Puan Nur Izzati Binti Mohamed Nordin.


Program yang julung kalinya diadakan terbuka untuk semua pegawai dan kakitangan sahaja bagi melatih mereka mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara rakan sekerja di IKBN Bandar Penawar.

 

Disediakan oleh : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli
Foto : Puan Nurlia Binti Mohd Rusli

 

Read 1159 times Last modified on Rabu, 30 January 2019 09:50
 
Find us on Facebook
Follow Us