IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 28 April 2019 11:51

PROGRAM STAR@U: MYFUTURE YOUTH PLUS

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM STAR@U: MYFUTURE YOUTH PLUS

Bandar Penawar, 25 April 2019 - IKBN Bandar Penawar telah melaksanakan Program MyFuture Youth Plus yang mana ianya merupakan salah satu inisiatif di bawah program STAR@U yang memberi latihan kemahiran kepada para belia melalui pendekatan yang lebih fleksibel. Program MyFuture Youth Plus ini telah dilaksanakan selama 5 hari bermula dari 21 April hingga 25 April 2019 yang melibatkan Bahagian Penyediaan Makanan, Bahagian Penyediaan Pastri dan Bahagian Kimpalan.


Seramai 31 orang belia telah berjaya menamatkan latihan mereka dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) di Pearl Coffee House, Jabatan Hospitaliti. Tahniah kepada semua peserta dan semoga ilmu yang dicurahkan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina kerjaya dan masa depan mereka.

 

Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah

Read 208 times Last modified on Selasa, 07 May 2019 13:18
 
Find us on Facebook
Follow Us