IKBN



KUALA LANGAT

 
Selasa, 15 September 2020 12:11

PROGRAM STAR@U PEMBUATAN KERUSI TAMAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 17 julai 2020 - IKBN Kuala Langat telah menjayakan Program star@u pembuatan kerusi taman yang dikendalikan sepenuhnya oleh bahagian lanskap jabatan awam melibatkan 10 orang peserta. Objektif program ini ialah dapat memberi latihan kemahiran kepada belia berisiko, dapat membentuk sasiah belia yang kurang berminat dalam mainstream education dan belum menamatkan persekolahan kepada bidang kemahiran yang diminati dan seterusnya dapat memperkenalkan ikbn kuala langat sebagai institusi kemahiran ilkbs bagi bidang yang dipilih.

 

Peserta peserta yang terlibat khususnya dapat mempelajari membuat kerusi taman berasaskan bahan bahan dari kayu sepenuhnya. Program selamat 5 hari ini dimulai dengan pengenalan secara teori sebelum diteruskan dengan aktiviti amali secara terus dari pengajar yang terlibat. Keberkesanan daripada program dijalankan ialah peserta dapat mempelajari cara dan teknik membuat kerusi taman dengan betul, peserta dapat mematuhi aspek keselamatan sebelum, semasa pembuatan kerusi taman dan semangat dapat dipupuk hasil daripada pembuatan kerusi taman dan boleh dijadikan modal perniagaan.

 

Program ini telah dilawatan oleh cik fadhilah binti ahmad, pengarah bahagian kekompetenan belia (kb) BPKB Kementerian Belia dan Sukan.

 

  

 

Disediakan Oleh : Faherinizam Bin Russali (Cawangan Hubungan Industri)

 

 

 

Read 58 times