IKBN



KUALA LANGAT

 
Selasa, 15 September 2020 12:20

PROGRAM STAR@U PEMBUATAN SMARTPHONE VIDEOGRAPHY

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 24 Julai 2020 - IKBN Kuala Langat telah menjayakan program star@u smartphone videography yang dikendalikan sepenuhnya oleh bahagian teknologi hiasan dalaman jabatan awam melibatkan 10 orang peserta. Objektif program ini ialah peserta dapat memberi latihan kemahiran kepada belia berisiko dapat membentuk sasiah belia yang kurang berminat dalam mainstream education dan belum menamatkan persekolahan kepada bidang kemahiran yang diminati dan seterusnya dapat memperkenalkan ikbn kuala langat sebagai institusi kemahiran ilkbs bagi bidang yang dipilih.

 

Peserta-peserta yang terlibat khususnya dapat mempelajari membuat satu sketsa dengan menggunakan smartphone masing masing dan dapat menyiapkan dalam tempoh selama 5 hari ini dimulai dengan pengenalan secara teori sebelum diteruskan dengan aktiviti amali secara terus dari pengajar yang terlibat. Keberkesanan daripada program dijalankan ialah peserta dapat mempelajari cara dan teknik membuat videografi smartphone dengan teknik yang betul, peserta dapat mematuhi aspek keselamatan sebelum, semasa membuat videografi menggunakan smartphone dan semangat dapat dipupuk hasil daripada hasil editing dan boleh dijadikan modal perniagaan.

 

  

 

Disediakan Oleh : Faherinizam Bin Russali (Cawangan Hubungan Industri)

 

 

 

Read 101 times