IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 24 February 2019 15:41

PROGRAM TALK SHOW COMMUNITY COLLABS : HOW 2 YOUTHPRENEUR?

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM TALK SHOW COMMUNITY COLLABS : HOW 2 YOUTHPRENEUR?

Kota Tinggi, 22 Februari 2019 - Majlis Belia Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan satu Program Talk Show Community Collabs : How 2 Youthpreneur dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Bandar Penawar yang telah berlangsung di Dewan Terbuka FELDA Lok Heng Barat.

 

Program tersebut berjaya menarik minat seramai 40 orang pelajar dari IKBN Bandar Penawar dan agensi-agensi luar. Program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia bagaimana cara untuk menjadikan belia lebih berjaya dari segi perniagaan, kepimpinan dan sebagainya. Program tersebut melibatkan 3 orang panel yang terdiri dari Majlis Belia Malaysia dan usahawan-usahawan muda yang telah berjaya. Salah seorang panel tersebut adalah Encik Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia.

 

Dengan adanya program seperti ini, ia mampu memberi pendedahan dan perangsang untuk golongan muda khususnya golongan belia untuk lebih berani dan berjaya dalam bidang perniagaan.


Disediakan oleh : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi
Foto : Encik Ammari Bin Muhammad Rapi

Read 288 times Last modified on Selasa, 26 February 2019 15:47
 
Find us on Facebook
Follow Us