Bandar Penawar, 7 Ogos 2020 - IKBN Bandar Penawar bersama komuniti zon 3 Bandar Penawar menjayakan program COMBI dan gotong-royong bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes. IKBN Bandar Penawar melalui pengajar Health Safety & Enviroments (HSE) Encik Mohd Akmal Nordin memberikan taklimat berkaitan keselamatan dan kesihatan penggunaan peralatan elektrik dirumah dan promosi kursus & program yang terdapat di institut.
Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Penawar YB Datuk Sharifah Azizah Syed Zain. Aktiviti gotong royong ini turut disertai oleh Majlis Perbandaran Pengerang, Klinik Kesihatan Penawar, Ahli Combi dan penduduk Zon 3 Bandar Penawar.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah