IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Isnin, 08 August 2016 01:25

PROGRAM #TEAM BUILDING II 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad
Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid
PROGRAM #TEAM BUILDING II 2016


Bandar Penawar, 4 - 6 Ogos 2016 – Satu Program Team Building@IKBN Bandar Penawar telah diadakan pada 4 hingga 6 Ogos baru-baru ini bagi memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara para pelajar. Program ini telah disertai oleh seramai 64 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar tahap 2 dan 3.


Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti indoor yang meliputi aktiviti suasana belajar seronok, sesi pembentukan kumpulan, aktiviti merekacipta logo, moto, misi dan visi, aktiviti pemantapan pasukan dan aktiviti mengenal diri. Selain itu, ia juga turut dimuatkan dengan aktiviti outdoor seperti IKBN Explorace dan permainan bomball yang berkonsepkan permainan paintball.


Program ini telah berlansung di beberapa lokasi seperti Pusat Sumber IKBNBP dan sekitar IKBN Bandar Penawar sendiri. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu kakitangan dan pengajar dari beberapa Jabatan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 619 times
 
Find us on Facebook
Follow Us