IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Rabu, 05 April 2017 09:58

PROGRAM TEAM BUILDING@IKBN BANDAR PENAWAR 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

PROGRAM TEAM BUILDING@IKBN BANDAR PENAWAR 2017
Disediakan oleh : Mohd Syahfizzan bin Ahmad

BANDAR PENAWAR, 5 APRIL 2017 – Satu Program Team Building@IKBN Bandar Penawar 2017 telah diadakan pada 30 Mac hingga 1 April baru-baru ini bagi memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara para pelajar. Program ini telah disertai oleh seramai 72 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar tahap 2 Jabatan Hotel dan Hospitaliti.

 

Pengisian program ini memfokuskan kepada aktiviti indoor yang meliputi aktiviti suasana belajar seronok, sesi pembentukan kumpulan, aktiviti merekacipta logo bendera, moto, misi dan visi, aktiviti pemantapan pasukan dan aktiviti mengenal diri. Selain itu, ia juga turut dimuatkan dengan aktiviti outdoor seperti IKBN Explorace dan permainan virus games. Semua perserta yang terlibat sedaya upaya menjayakan tugasan yang diberikan. Keseronokan dapat dirasai oleh setiap peserta apabila berjaya menyelesaikan setiap aktiviti.


Program ini telah berlansung di beberapa lokasi seperti Pusat Sumber IKBN Bandar Penawar dan sekitar IKBN Bandar Penawar sendiri. Program ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu kakitangan dan pengajar dari beberapa Jabatan. Aktiviti ini adalah antara acara tahunan yang mendapat sambutan yang menggalakan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.

Read 1393 times Last modified on Selasa, 25 April 2017 10:13
 
Find us on Facebook
Follow Us