IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Ahad, 24 April 2016 21:09

LAPORAN ‘LEARNING EXCHANGE PROGRAMME’

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Datu Asrul Bin Datu Buishlan
Foto : Encik Datu Asrul Bin Datu Buishlan
LAPORAN ‘LEARNING EXCHANGE PROGRAMME’


Teluk Ramunia, 24 - 25 April 2016 – Program telah dilaksanakan di Tanjung Sepang Resort, Teluk Ramunia. Seramai 69 orang peserta menjayakan program ini iaitu terdiri daripada seorang Ketua Jabatan Perhotelan, 3 orang ketua bahagian perhotelan, 5 orang pegawai praktikal, seorang pemandu dan 60 orang pelajar Jabatan Perhotelan.


Learning Exchange Programme merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhotelan IKBN Bandar Penawar. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal untuk pelajar terhadap Industri Perhotelan dan Pelancongan Malaysia selain menimbulkan ‘surroundings self-awareness’ pelajar Jabatan Perhotelan dalam menghayati alam persekitaran dan seterusnya menimbulkan sikap positif dalam diri.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini ialah Riadah & Sukan, Family day dan Sukaneka, Aktiviti kemasyarakatan : ‘Serve the Nature’. Aktiviti Penutup iaitu Career Talk yang disampaikan oleh Senior Executive Manager Tanjung Sepang Resort Encik Eddie dan lawatan kawasan resort. Pihak hotel membawa para pelajar melihat kesemua jenis bilik dan kemudahan yang disediakan oleh pihak resort dan mendedahkan kepada pelajar secara terus berkenaan pengurusan operasi sesebuah resort yang merangkumi sistem pengemasan bilik yang efisyen dan cara pengendalian operasi penerimaan tempahan bilik daripada tetamu.

Read 1342 times Last modified on Isnin, 06 June 2016 00:45
 
Find us on Facebook
Follow Us