IKBN



BANDAR PENAWAR

 
Jumaat, 13 May 2016 01:27

PROGRAM EKPLORASI MEMBADAI MENTARI 2

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar
PROGRAM EKPLORASI MEMBADAI MENTARI 2


Bandar Penawar, 12 – 15 Mei 2016 – Seramai 20 orang pelajar dari IKBN Bandar Penawar telah menyertai satu Program Eksplorasi Membadai Mentari 2 yang merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Kelab Kembara dan Cinta Alam Kota Tinggi dan Sport Recreation Community Club Kota Tinggi.


Program yang disertai seramai 36 orang daripada pelbagai institutsi pendidikan dan persatuan belia ini ialah lanjutan daripada program terdahulu yang mana laluan kayak kali ini bermula dari Teluk Sengat dan berakhir di Kampung Pasir Gogok. Program bermula pada 12 hingga 15 Mei 2016. Para peserta sempat bermalam di Tanjung Surat pada hari ketiga program.


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar IKBN Bandar Penawar yang telah berjaya menamatkan ekspedisi ini dan semoga ilmu dan pengalaman ini akan digunakan sepenuhnya dalam program seumpamanya dimasa akan datang. Turut diucapkan setinggi terima kasih kepada Tuan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Encik Zahrin bin Romli yang menyokong sepenuhnya penyertaan pelajar IKBN Bandar Penawar dalam program ini.

Read 1299 times
 
Find us on Facebook
Follow Us