Bandar Penawar, 12 November 2019 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan program Lambaian Kaabah kepada para pelajar dan terbuka kepada kakitangan yang berminat. Program ini memberi peluang kepada para pelajar dan kakitangan untuk mempelajari cara-cara untuk menunaikan umrah dan juga haji. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan kakitangan IKBNBP yang terlibat.
Disediakan oleh : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah
Foto : Encik Mohd Zulhilmi Bin Abdullah